السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
PENTING! Virus Zika Di Malaysia | Allahu akbar, terkejut dan terus kebimbangan bila terbaca tentang Virus Zika kini di Malaysia. Virus Zika adalah sejenis penyakit yang disebarkan oleh nyamuk aedes yang merupakan vekto yang sama untuk menyakit demam denggi dan chikungunya. Ianya boleh menyebabkan bayi yang baru lahir mengalami sindrom otak kecil atau 'mikrosefali'sekiranya dijangkiti.
Negara jiran,Singapura turut dilanda virus berbahaya ini sehingga mencatat sebanyak 115 kes melibatkan virus zika setakat ini. Manakala,di Malaysia kini KKM mengesahkan seorang wanita berusia 58 tahun positif virus zika di mana beliau baru sahaja pulang mengunjungi anak perempuannya di singapura.
Sila ambil berat tentang tahap kesihatan diri,anak² serta keluarga masing², jangan ambil mudah kerana virus zika tidak mengenal berapa usia kita..Awasi kediaman kita,kebersihan amat memainkan peranan penting..