Quantcast
Channel: Nieyl's Life Story
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3225

Kali ke - 2 pindah Office

$
0
0
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Kali ke - 2 pindah Office | Alangkah indahnya kalau semua barang² ni ada orang tolong kemaskan, seronoknya.....udah!jangan ko nak perasan sangat ya nieyl,barang sendiri..sendiri kemas ha..huhu.. Mesti korang pelikkan kenapa la asyik kena pindah je.. kalau baca entry tahun lepas  , begini juga lah keadaannya. 


Bila kotak dah diedarkan, pepandai lah kemas barang² masuk dalam kotak yang di beri, Alhamdulillah sangat sebab kali ke-2 pindah nie barang tak banyak sebab masa pindah first time tu semuanya dah buang. jadi,kali ini banyak yang mana perlu sahaja.


Setakat ini 3 kotak barang peribadi dan 2 kotak dokumen yang kena bawa..wah!peribadi lagi banyak ya..hahaha..biasa lah PA,barang hiasan je dah 1 kotak..huhu..ini belum campur lagi barang² yang nak di beli bila masuk bilik baru..hahahaha..


Semalam bermula proses wrap segala cermin,frame dan sofa² untuk di bawa ke opis baru nanti, bungkus sini nanti next week kemas opis baru pulak. Rasanya kan macam baru aje lagi duduk opis yang sekarang nie. Hmm..tapi nak buat macam mana kan, ayah dah panggil kami balik ke kampung halaman. hihihi..


Ini sebelum kemas, sekarang nie semua dah masuk dalam kotak so,atas meja dah clear dah segala barang semuanya dah wrap masuk dalam kotak. hanya tinggal pencel box sahaja. 



Ha..meh dekat sikit,nak share plan kedudukan di opis baru InsyaÁllah bulan depan dah 100% di sana. bilik nieyl ngan bos nieyl yang warna pink tu. Actually bahagian nieyl akan pindah ke aras 3-6, so..nieyl akan berada di aras 6 bersama timbalan dan pengarah. So far,last week sempat dah pergi jenguk bilik bos ngan bilik PA..dah siap 90% cuma tinggal nak masukkan perabot. 

Oklah nanti nieyl share lagi perkembangan baru pindah opis ni ya..sekarang nie masih lagi mengemas apa yang patut supaya tak ada yang tertinggal. Doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar ya..
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3225