السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Jenis Hati Manusia | Setiap manusia memiliki hati, akal dan fikiran. Hati perlu dijaga dengan baik supaya setiap percakapan dan perbuatan kita sentiasa di rahmati Allah. Tahukah kita sebenarnya kita bekerja mengikut perintah hati?bila hati kita bersih dan suci maka setiap perbuatan dan percakapan kita pun baik dan terjaga.
Dalam islam, hati terbahagi kepada 3 jenis iaitu ;-
Qalbun Salim
- Hati bersih, selamat
- Hati orang Mukmin taat kepada Allah SWT dan Rasul-Nya, bersih daripada segala sifat buruk seperti kufur, syirik
Hati Sakit
- Orang beriman yang fasik. Ia bebas daripada perbuatan kufur tetapi terbelenggu dengan penyakit hati seperti riyak, sombong, cintakan dunia,lupakan akhirat
Hati Mati
- Golongan kafir, tidak mengenal, beriman dan menyembah Allah SWT, hati jenis ini paling keji di sini Allah.
Semoga sahabat² nieyl semua yang singgah ini dan baca tergolong dalam Qalbun Salim, dan terus berusaha menjadi lebih baik walaupun kita semua manusia yang serba kekurangan dan tidak sempurna.