السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Tips Bila Anak Di Jangkiti Chickenpox | Seingat nieyl, masa kecik nieyl belum pernah kena lagi chickenpox nie, tapi kena masa nieyl umur 23tahun ketika tu dah pun bekerja. Syukur Alhamdulillah bintik² tu tak naik dekat muka, dia just dekat atas kepala dengan badan je..risau juga time tu sebab takut nanti berbekas.
Ini Jika anak-anak kita di jangkiti Chickenpox, apa yang perlu kita buat ;-
- Cepat ke klinik - Bukan chickenpox je ya kena cepat pergi ke klinik, apa² sahaja kalau ada tanda² anak kita tidak sihat, cepat² bawa pergi klinik untuk dapatkan pengesahan dan rawatan.
- Air kelapa - Khasiat air kelapa adalah sangat berkesan untuk merawat chickenpox. Jika diminum ketika awal dijangkiti, ia akan membantu mengeluarkan chickenpox dan anak kita juga boleh dimandikan dengan air kelapa.
- Asingkan anak daripada orang lain - Chickenpox adalah sejenis penyakit yang berjangkit, jadinya elakkan daripada menghantar anak ke rumah pengasuh atau taska sebelum sembuh sepenuhna.
- Losyen calamine - Selalunya kalau kita pergi ke klinik,doktor pasti akan bekalkan kita losyen calamine. jadi,jangan lupa selalu sapu ke seluruh badan untuk mengurangkan kegatalan.
- Biarkan tanpa pakaian - Sebolehnya, anak-anak tidak perlu dipakaikan dengan pakaian, guna pampers je pun tak apa.
- Air masak - Minum air masak yang banyak, adalah bagus untuk memastikan anak daripada dehidrasi.
- Susu ibu - Susu ibu adalah penawar terbaik bagi anak-anak yang sedang sakit terutamanya bayi yang berusia 6 bulan ke bawah.
- Elak makanan laut - Ini semua orang tahu,tapi tidak lupa juga pada ibu yang masih menyusukan anak ya,pun kena berpantang juga.
- Vitamin E - Selepas sembuh dari chickenpox, pasti akan meninggalkan parut,so jangan risau,boleh keluarkan cecair kapsul vitamin E dan lumurkan pada parut anak..InyaÁllah akan hilang :)