Quantcast
Channel: Nieyl's Life Story
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3225

Alarm Banyak Membantu

$
0
0
Alarm Banyak Membantu  | Hai korang, hari ni hari paling sunyi dekat Office sebab ramai yang sambung cuti Thaipusam dan Hari Wilayah. Pagi yang sunyi ni nieyl nak share something yang mungkin ramai juga yang ada pembantu peribadi yang membantu pengurusan masa untuk lebih teratur lebih-lebih lagi bila waktu pagi.


Dekat atas ni alarm yang memang nieyl set untuk hari isnin sehingga jumaat. Sebab rutin dia sama sahaja. 5.30 pagi alarm untuk kejut nieyl bangun walaupun realitinya mengambil masa untuk betul-betul sedar. Alarm 6.00 pagi adalah alarm amaran dah lewat bangun untuk masak bekalan untuk bawa pergi kerja, nieyl akan siapkan bekal sehingga pukul6.30 pagi. Alarm 6.30 pagi itu alarm untuk pergi solat dan mandi bersiap -siap. Last sekali alarm 7.00 pagi sebelum bunyi nieyl kena ada dalam kereta kalau alarm bunyi dulu itu tandanya nieyl akan sampai lewat ke pejabat..huhuhu...

Begitulah rutin nieyl setiap pagi dalam menguruskan masa, so..pada nieyl alarm adalah pembantu yang terbaik setakat ini. Yela kadang-kadang kita manusia ni lalai kalau tak buat mcnie banyak pembaziran masa yang berlaku.

Korang pula macam mana menguruskan masa?


Viewing all articles
Browse latest Browse all 3225