Quantcast
Channel: Nieyl's Life Story
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3225

Luahan hati : Anak

$
0
0
Salam..
Ketika di luar tingkap kelihatan air turun dengan laju..
hati mula terjentik dengan perkhabaran gembira..
Ya Allah..sungguh murah rezeki mereka..
Alangkah indahnya jika ianya berlaku pada hamba mu ini juga..
walaupun sentiasa berpegang bahawa ianya adalah rezeki..
sentiasa itu juga lah diri ini mengharapkan..

Keinginan dari tahun ke tahun sentiasa menebal di dlm diri..
luaran sentiasa menunjukkan keceriaan..ketidak kisahan tentang
segala persoalan sekeliling..hanya Allah sahaja yang tahu isi hati ini..

Sentiasa bermain di fikiran..
Seaindainya hari itu tiba..
lelaki ataupun perempuan..

Sebanyak mana pun keinginan..harapan yang tersimpan..
Hanya dengan izin-Nya semuanya menjadi kenyataan..

Usaha sentiasa menjadi misi pertama dalam hidup ku..

Sekiranya kamu di beri akan rezeki itu..
bersyukur la..hargai la ianya...
Sayanginya sampai akhir hayat kamu..

Air di luar tingkap semakin pelahan..
tapi air di dalam ini hanya mampu turun pelan-pelan..
membasahi pipi..

seindahcerita: tabahkan hatimu...wahai hati...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3225