Quantcast
Channel: Nieyl's Life Story
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3227

Kita semua cantik..

$
0
0
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Petang² ni hati tertarik nak share tentang CANTIK..
Kadang² bila tengok majalah, tv,facebook...
Mesti terdetik dalam hati kita..
Cantiknya dia..Kenapa lah aku tak cantik macam tu..

haeppp!Tak baik tau cakap macam tu..
please dont say like that..
Cantik itu subjektif. Ada yang lihat sesuatu itu cantik, tapi
 bagi mereka yang lain ia biasa-biasa sahaja. 
 Allah tidak mencipta hamba-Nya semua cantik dan kacak. 
Tetapi dia memberi peluang kita menikmati segalanya yang cantik. 
Ingat tu ok..
Sebab, kita dah pun cantik secara dalaman.
 Maha Pencipta tidak melihat cantik sebagai hamba-Nya yang sempurna.
Kita kena yakin dengan diri kita...

Dan jangan lupa amalkan 9 petua di bawah nie..Insya'Allah..


1) Minum Banyak Air 
 Membantu kulit kelihatan lembap dan membuang toksin berlebihan dalam badan. 

2) Bersenam Sedikit 
senaman regangan dapat membantu melancarkan kembali peredaran darah. 

3) Jangan Merokok 
 Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan.Perokok bukan sahaja terdedah kepada risiko strok, sakit jantung, kanser paru-paru serta banyak lagi penyakit kronik yang lain.

 4) Tidur Yang Mencukupi 
 Kajian menunjukkan, individu yang kurang tidur berisiko mendapat penyakit.

5) Rehatkan Kulit 
Tanpa Sebarang Mekap Pada waktu tertentu, benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu bernafas.

 6) Makan Yang Cukup
 Tetapi Bukan Berlebihan Pastikan ia menu sihat dan bukannya penuh lemak atau makanan segera semata-mata.

 7) Manjakan diri 
 Tidak salah sekiranya kita meluangkan masa memanjakan diri seperti membuat facial atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa.

 8) Mendengar Bacaan Al-Quran, Zikir Atau Muzik 
 Menurut kajian muzik juga dapat merangsang otak yang memberi kesan secara langsung kepada pendengaran dan penglihatan.

 9) Selalu Ketawa Dan Senyum 
 Senyum dan ketawa bukan sahaja jadi awet muda, malahan dapat menarik aura positif diri.



  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3227