Quantcast
Channel: Nieyl's Life Story
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3222

Migrain?Amalkan 5 Langkah Ini Untuk Menghilangkannya

$
0
0
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 



Hanya mereka yang biasa kena migrain tahu bagaimana sakitnya kepala ketika diserang penyakit itu. Mujur ada pakar dari New York Headache Center, Doktor Alexander Mauskop yag memberikan 6 tip bagaimana untuk menghilangkan migrain. Cuba amalkan, mana tahu selepas ini kepala anda tidak akan 'berpusing' lagi.


1. Kurangkan kopi
kandungan kafein dalam kopi boleh menjadi pemacu sakit kepala. Menurut Alexander, kalau rasa teringin juga untuk minum kopi minumlah hanya segelas kecil sehari.

2. Makan syuran hijau dan kekacang
Kekurangan khasiat magnesium dalam tubuh boleh mengakibatkan migrain. Secara asasnya, lelaki atau perempuan dewasa memerlukan 400g magnesium sehari untuk mengelakkan terkena migrain. Khasiat magnesium ini boleh anda dapati daripada kekacang seperti almond, kacang tanah dan sayuran hijau seperti bayam.

3. Tidur yang cukup
Apabila anda kurang tidur, ia akan meningkatkan risiko terkena migrain khususnya sebaik saja anda terjaga. Menurut Alexander, tubuh yang kekurangan tidur akan membuatkan otak menjadi lebih sensitif terhadap cahaya terang dan bunyi bising. Jadi, pastikan anda tidur secukupnya (6-7 jam, tidak lebih daripada itu)


4. Minum banyak air kosong
Masalah dehidrasi juga antara penyebab kamu diserang migrain. Apabila kamu kurang minum air, cecair dalam badan akan berkurangan dan darah menjadi pekat hingga mengakibatkan ia tidak sampai kepada otak. Menurut Alexander, tiada kuantiti air yang tepat harus diminum oleh seseorang individu untuk mengelakkan dehidrasi kerana ianya bergantung kepada berat badan, cuaca, aktiviti dan faktor lain. Tip: Jika air kencing anda bewarna kuning gelap, itu tandanya badan kekurangan air dan anda perlu minum lebih banyak lagi.

5. Lakukan Senaman tiga kali seminggu
Amalkan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Ketika bersenam, tubuh kita akan menghasilkan hormon endorfin yang mampu mencegah rasa sakit. Selain itu, dengan bersenam juga kita mampu mengurangkan stres yang juga meruapakan antara punca migrain. Tidak perlu melakukan senaman yang berat. Cukup sekadar berjoging atau berbasikal selama setengah jam.

Pendapat Nieyl : Migrain?bila dia datang menyerang, hanya kita yang mengalami nie je yang rasa sakitnya.Kebiasaannya nieyl akan mandi,cuci rambut dan tidur dalam bilik gelap..tapi kalau tak boleh tahan sangat baru nieyl makan ubat.. Tapi kena duduk dalam tempat yang gelap tu so far,memang sangat membantu. :)
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3222