Quantcast
Channel: Nieyl's Life Story
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3227

Kesan Bahaya Jika Kerap Minum Air Detox Lemon

$
0
0
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Kesan Bahaya Jika Kerap Minum Air Detox Lemon | Sebelum nie berebut-rebut orang nak buang toksin dengan buat dan minim air Detox kan. Minuman air detox adalah untuk membuang toksin bagi mengurangkan berat badan. 

Lemon mejadi pilihan kita yang berdiet  tapi ada juga buah-buahan yang lain pun digunakan, tapi majoritinya lebih gemar menggunakan air lemon. Tapi tahukah kita  dengan meminum air lemon secara berlebihan boleh mendatangkan kesan sampingan yang tidak baik untuk tubuh badan. 
 

Jika kesan-kesan ini dah mula dirasai, kurangkan pengambilan air detox lemon ini.

1) Hakisan gigi 
Lemon kan berasid, bila kita minum bergelas-gelas air yang berlemon gigi kita turut kerap diselaputi asid dan ianya mampu menghakis enamel gigi dan membuat gigi semakin sensitif pada makanan sejuk dan panas. 

Untuk perlindungan, gunakan straw bagi minuman yang berasid. 

2) Pedih ulu hati 
Minuman berlemon juga boleh memedihkan ulu hati dan ini akan menyebabkan bahagian antara dada dan perut anda terasa pedih dan sakit. Kurangkan pengambilan makanan dan minuman yang berasid bagi mengelakkan dan mengurangkan simptom ini. 

3) Kerap buang air dan dehidrasi 
Air lemon mempunyai kesan diuretik dan ianya mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi. Nutrien ini terkenal dengan sifat diuretik bermakna ia akan meningkatkan pengeluaran air kencing di dalam buah pinggang dan ini akan membuatkan anda kerap untuk membuang air. Sekiranya anda mula merasai tanda-tanda dehidrasi seperti mulut kering, rasa haus, kulit kering, sakit kepala segara kurangkan pengambilan air lemon.

Nasihat!
Boleh minum tetapi jangan minum secara berlebihan. Jaga kesihatan diri okey!
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3227