Quantcast
Channel: Nieyl's Life Story
Viewing all 3220 articles
Browse latest View live

PolicyStreet Menawarkan Insurans Terbaik di Malaysia Serendah RM5/Sebulan

$
0
0
[Siapa Nak Join Contest Ini Sila Tekan Banner Diatas]

PolicyStreet Menawarkan Insurans Terbaik di Malaysia Serendah RM5/Sebulan | PolicyStreet merupakan syarikat insurans yang menawarkan perkhidmatan insurans untuk sesiapa sahaja yang berkemampuan. Mereka memberikan nama syarikat mereka sebagai PolicyStreet kerana mereka mahu menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup anda ketika anda melalui waktu – waktu yang kritikal seperti mendapatkan telefon pintar pertama anda, percutian ke luar negara, gadaian yang pertama, perkahwinan anda dan juga menjadi ibu bapa.

No automatic alt text available.

Teknologi telah membantu mereka untuk menjalani komitmen ini tetapi apa yang lebih penting adalah semangat mereka untuk membantu masayarakat telah membuatkan mereka untuk menubuhkan syarikat PolicyStreet ini. Insurans ini ditubuhkan oleh sekumpulan orang dan mereka mahu meneruskan legasi ini. Mereka juga komited dalam menawarkan insurans untuk orang yang tersayang, untuk benda yang anda hargai serta masyarakat dengan cara yang mudah dan berkemampuan.

Image may contain: text

Pakej – Pakej Yang Ditawarkan di PolicyStreet Yang Anda Perlu Miliki
  1. Manulife ManuProtect Term Life Insurance 


Ia merupakan pakej insurans yang digelar sebagai insurans yang paling berpatutan di dalam insurance kehidupan di Malaysia. ManuProtect memberikan bayaran penuh pada waktu kematian atau kecacatan yang disebabkan oleh sebab semulajadi ataupun kemalangan, dengan beberapa pilihan untuk liputan untuk sakit yang kritikal. 

Antara ciri – ciri dan tawaran yang diberikan oleh Manulife ManuProtect adalah;

  • Insurans Premium yang bermula dari RM5/ Sebulan
  • Amaun keseluruhan yang bermula dari RM 50K – RM 600K
  • Amaun kematian dari kemalangan yang berjumlah 2X ganda dari amaun keseluruhan
  • Penyakit kritikal akan menerima 30% dari amaun keseluruhan
  • Umur kemasukan yang terakhir adalah 60 tahun manakala umur yang ditamatkan adalah 80 tahun
  • Tiada kontrak untuk jangka masa yang panjang dan anda boleh membatalkan pada bila – bila masa

Kelebihan yang disediakan oleh ManuLife ManuProtect adalah;
  • Kematian disebabkan oleh faktor semulajadi 
          - Amaun keseluruhan berjumlah RM50K – RM600K
          - Dibayar kepada penama
  • Kecatatan yang disebabkan oleh faktor semulajadi atau kemalangan
          - Amaun keseluruhan berjumlah RM50K – RM600K
          - Dibayar kepada orang yang membayar insurans
  • Kematian disebabkan oleh kemalangan 
          - 2X ganda daripada amaun keseluruhan
          - Dibayar kepada orang yang membayar insurans ataupun penama
  • Penyakit kritikal 
          - 30% daripada amaun keseluruhan (RM15K – 180K)
          - Dibayar kepada orang yang membayar insurans

Dapatkan ManuLife ManuProtect SEKARANG di https://products.policystreet.com/manulife/manuprotect/overview 


2. AXA 200 Cancer Care 

Image result for axa 200 cancer care

Dengan jumlah pesakit kanser yang ramai pada hari ini, insurans ini ditawarkan untuk melindungi orang ramai daripada penyakit kanser, dengan memberikan bayaran penuh apabila anda dikesan dengan kanser, dan juga bayaran tahunan untuk anda merawat kanser.

Antara ciri – ciri AXA 200 Cancer Care adalah;
  • Ia berada di bawah AXA Affin Life di mana bayaran adalah dijamin kepada pembayar insurans
  • Bayaran premium yang bermula dari RM45/bulan bergantung kepada umur
  • Bayaran Rawatan Terapi yang bermula dari RM30K
  • Bayaran Untuk Kesihatan yang bermula dari RM6K setahun
  • Pendapat Perubatan Kedua yang diberikan secara percuma 
  • Umur terakhir untuk menyertai insurans ini adalah 50 tahun dan perlindungan diberikan selama 20 tahun
  • Pemeriksaan kesihatan yang berjumlah RM 599 di Beacon Hospital
  • Anda tidak memerlukan pemeriksaan kesihatan untuk menyertai AXA 200 Cancer Care

Tujuan insurans ini diwujudkan adalah untuk menyediakan satu jumlah wang untuk rawatan kanser  sekiranya anda didiagnosis dengan penyakit tersebut. Anda akan diberikan bayaran keseluruhan dan juga bayaran ‘bonus’ sehingga lima tahun untuk setiap tahun anda hidup. Insurans ini akan bertahan sehinga 20 tahun dan apabila tahun tersebut berakhir, anda boleh mendapatkan insurans yang baru sekiranya anda berumur di bawah 50 tahun.

Image may contain: text

Kelebihan – kelebihan yang ditawarkan oleh AXA 200 Cancer Care termasuklah;
  • Manfaat untuk Rawatan Terapi
        - Sekiranya orang yang membayar insurans tersebut didiagnos dengan kanser, mereka akan                   menerima bayaran insurans minimum RM30K.
  • Manfaat Untuk Sembuh
        - Orang yang membayar insurans juga akan menerima bayarann insurans secara tahunan yang                 berjumlah minimum RM6K setahun selama 5 tahun.
  • Pendapat Perubatan Kedua
        - Apbila anda mendapat pendapat untuk terapi atau pembedahan yang pertama daripada seorang             doktor, insurans ini menyediakan pendapat kedua dari doktor panel secara percuma.
  • Manfaat untuk Penama
       - Sekiranya orang yang membayar insurans meninggal sebelum didiagnos dengan kanser, penam            akan menerima bayaran insurans minimum RM1K.
  • Servis Penjaga
      - Orang yang membayar insurans boleh menghubungi AXA untuk mendapatkan penjagaan dari              jururawat, perubatan, ataupun pembuatan rambut palsu.
  • Baucer Pemeriksaan Kesihatan
      - Anda akan menerima baucer pemeriksaan kesihatan bernilai RM599 dengan setiap pembelian              pakej AXA 200 Cancer Care.


Dapatkan AXA 200 Cancer Care SEKARANG di https://products.policystreet.com/axa/cancercare/overview

3. MSIG Take It Easy Pet Insurance

Image result for pet insurance

Insurans ini dijamin oleh MSIG, di mana ia adalah satu – satunya insurans untuk haiwan peliharaan anda yang berada di pasaran. Bermula dari hanya RM18/bulan, insurans haiwan peliharaan ini memberikan perlindungan untuk veterinar, bil ER, ubat – ubatan & suntikan dan juga kos untuk pengebumian sekiranya haiwan peliharaan anda sakit, cedera ataupun meninggal. 

Ciri – ciri MSIG Take It Easy Pet Insurance adalah;

Related image
  • Dijamin oleh MSIG
  • Bayaran Premium bermula RM18/sebulan
  • Manfaat Perubatan Haiwan Peliharaan sehingga RM5K
  • Manfaat kematian disebabkan oleh sakit dan juga kemalangan sehingga RM5K
  • Manfaat pengebumian dan pembakaran sehingga RM1K
  • Pengiklanan dan juga kos penembuhan untuk haiwan peliharaan yang hilang sehingga RM1K
  • Boleh didapati untuk anjung dan kucing yang mempunyai mikrocip yang berumur 12 minggu sehingga 9 tahun
  • Insurans ini tidak disediakan untuk haiwan yang larangan ataupun spesis yang diharamkan oleh keraajaan, orang awam, ataupun pihak berkuasa.


Kelebihan – kelebihan yang boleh didapati sekiranya anda mengambil MSIG Take It Easy Pet Insurance termasuklah;
  • Manfaat Veterinar dan juga Pembedahan
Sekiranya haiwan peliharaan anda cedera ataupun sakit, insurans ini akan memberikan perlindungan kepada bil veterinar sehingga RM5K. Sekiranya terdapat pembedahan, ia akan melindungi kos selepas pembedahan sehingga 60 hari.
  • Manfaat Kematian 
Tuan kepada haiwan peliharaan yang mati akan menerima sehingga RM5K untuk mendapatkan haiwan peliharaan yang baru.
  • Manfaat Untuk Pengebumian 
Anda akan menerima sehingga RM1K untuk kos pengebumian ataupun pembakaran.
  • Pengiklanan Untuk Haiwan Peliharaan Yang Hilang 
Anda akan menerima bayaran sehingga RM1K untuk mengiklankan haiwan peliharaan anda yang hilang dan juga untuk membayar ganjaran kepada orang yang menemui haiwan anda.
  • Asrama Untuk Haiwan Peliharaan Anda
Apabila tuan haiwan peliharaan tersebut dimasukkan ke hospital lebih dari tiga hari, haiwan peliharaan anda akan dimasukkan ke asrama dan dibayar sehingga RM 2.5K.
  • Liabiliti Pihak Ketiga
Apabila haian peliharaan anda melakukan kecederaan kepada orang lain ataupun merosakkan harta benda mereka, insurans ini akan memberikan perlindungan sehingga RM100K.

Dapatkan MSIG Pet Insurance SEKARANG di : https://products.policystreet.com/axa/cancercare/overview

Kelebihan Mendaftar Insurans Dengan PolicyStreet 

Image may contain: text

Mudah Digunakan

Policy Street tidak memerlukan anda untuk pening kepala kerana ia menawarkan pakej – pakej yang sesuai untuk anda. Setiap pakej telah diberitahu akan fungsi dan kelebihan masing – masing, jadi anda hanya perlu memilih pakej yang anda perlu gunakan dan mula mengambil insurans tersebut untuk kehidupan, harta dan juga kesihatan anda. 

Pelbagai Pakej Yang Ditawarkan

Image may contain: text

Anda boleh memilih pakej – pakej yang diberikan berdasarkan keperluan dan juga kepentingan anda. Contohnya, jika anda mempunyai penyakit kanser, anda boleh memilih AXA 200 Cancer Care kerana Policy Street akan memberikan perlindungan insuran untuk anda yang mendapat penyakit ini dan juga duit tahunan untuk anda gunakan bagi mengubati penyakit ini. Anda juga boleh memilih pakej untuk melindungi kehidupan, harta dan juga perniagaan anda.

Harga Yang Berpatutan

No automatic alt text available.

Setiap pakej Policy Street akan memberikan anda komitmen bulanan yang amat rendah dan mampu milik di mana anda tidak akan terkesan dengan potongan insurans pada setiap bulan. Anda boleh membayar serendah RM5 / sebulan untuk insurans perlindungan kehidupan anda dan anda akan dilindungi oleh insurans Policy Street.

Dapatkan Insurans Daripada PolicyStreet Sekarang!

PolicyStreet sedang mengadakan promosi sempena Tahun Baru Cina jadi anda perlu mendapatkannya sekarang. Anda boleh menerima Ang Paw bayaran balik sehingga RM 50 dengan menggunakan kod rujukan yang anda akan terima apabila anda melakukan pembelian melalui Policy Street. Caranya adalah dengan menekan link seperti berikut;

Promosi Tahun Baru Cina PolicyStreet: http://campaign.policystreet.com/web/cny/index.html

Alarm Banyak Membantu

$
0
0
Alarm Banyak Membantu  | Hai korang, hari ni hari paling sunyi dekat Office sebab ramai yang sambung cuti Thaipusam dan Hari Wilayah. Pagi yang sunyi ni nieyl nak share something yang mungkin ramai juga yang ada pembantu peribadi yang membantu pengurusan masa untuk lebih teratur lebih-lebih lagi bila waktu pagi.


Dekat atas ni alarm yang memang nieyl set untuk hari isnin sehingga jumaat. Sebab rutin dia sama sahaja. 5.30 pagi alarm untuk kejut nieyl bangun walaupun realitinya mengambil masa untuk betul-betul sedar. Alarm 6.00 pagi adalah alarm amaran dah lewat bangun untuk masak bekalan untuk bawa pergi kerja, nieyl akan siapkan bekal sehingga pukul6.30 pagi. Alarm 6.30 pagi itu alarm untuk pergi solat dan mandi bersiap -siap. Last sekali alarm 7.00 pagi sebelum bunyi nieyl kena ada dalam kereta kalau alarm bunyi dulu itu tandanya nieyl akan sampai lewat ke pejabat..huhuhu...

Begitulah rutin nieyl setiap pagi dalam menguruskan masa, so..pada nieyl alarm adalah pembantu yang terbaik setakat ini. Yela kadang-kadang kita manusia ni lalai kalau tak buat mcnie banyak pembaziran masa yang berlaku.

Korang pula macam mana menguruskan masa?

Pemenang Top Commentators Januari 2018

$
0
0
Pemenang Top Commentators Januari 2018 | Seperti yang nieyl telah janjikan mulai Januari 2018 setiap bulan nieyl mencari seorang pembaca atau blogger yang paling banyak meninggalkan komen-komen yang positif dalam blog nieyl . Untuk bulan Januari 2018 nieyl menawarkan hadiah RM20 untuk Top Commentators Januari.

Tahniah nieyl ucapkan kepada Cik Tie menjadi pemenang bulan Januari 2018. Nieyl ucapkan terima kasih sebab sudi singgah dan komen blog nieyl selalu. Teruskan sokongan sampai bila-bila ya.. emailkan (Nama, No.Acc ) ke nieyl.puteriimpian@gmail.com 


Kepada yang lain, jangan putus asa InsyaÁllah akan ada rezeki yang lebih baik untuk bulan Februari 2018 ini. 





Throwback Kisah Hari Jumaat Lepas

$
0
0
Throwback Kisah Hari Jumaat Lepas | Pagi-pagi dah nak throwback si nieyl ni ya. Last week kan warga wilayah dapat cuti free 2 hari, dah alang-alang tu sehari je nak kerja ramai yang pakat ambil sehari lagi cuti menjadikan cuti 5 hari kesemuanya. Tapi nieyl gigih merajinkan diri untuk datang bekerja sebab sayang cuti tahun ni nieyl banyak nak cuti. 




Situasi di bilik nieyl, dah lama sorang-sorang, sunyi je tak ada pula orang nak lalu lalang depan bilik nieyl hari tu. Dah la hari jumaat waktu rehat panjang, jadi nak x nak nieyl cari geng nak ajak pergi jenjalan dekat Alamanda..kekeke.. 


Inilah geng lunch date hari jumaat lepas, 3 si comel..semuanya bambam..tq kak lydia dan kim teman g jenjalan makan-makan dekat Alamanda. Nasib baik ada korang tau..kalau tak, mati kutu la duduk dalam bilik sorang-sorang.


Dah lama sebenarnya nak makan cendol durian go Local ni sejak dia buka dekat Alamanda ni, selalu pergi penuh je orang. Jumaat time pergi tu tak ada orang sangat so, dapat la rasa RM9.++ termasuk gst tau..kekeke..


Jangan lupa!


Redeem Voucher Dari Lazada

$
0
0
Redeem Voucher Dari Lazada | Kalau bab shopping online laju sahaja, baru-baru ni nieyl ada menang contest dari Lazada so, hadiah dia Voucher Shopping di Lazada. Rata-rata rakyat Malaysia mesti tahu apa itu Lazada kan. Nieyl masih lagi setia memberi barang online melalui website Lazadani. So far belum ada lagi barang yang sampai mengecewakan lagi. Dan yang paling penting Lazada selalu buat SALE dan memberi potongan harga yang terbaik. 



Last week sampai satu kotak besar dari watsons. Kenapa Watsons?Sebab nieyl redeem semua voucher dengan membeli barangan dari Watsons. So, ianya lebih mudah dan cepat sampai. Kalau kita beli barangan yang banyak tapi berlainan company, barang akan sampai satu persatu. 


Nieyl sempat buat video unboxing 





























Ini lah antara barangan yang nieyl redeem,semuanya barangan keperluan nieyl..ha..ha..ha..jimat duit nieyl RM100 sebulan nak beli barangan keperluan nieyl.. Doakan nieyl semua sentiasa dimurahkan rezeki ya...dan yang mendoakan tu juga nieyl doakan semua kalian pun sentiasa di murahkan rezeki..Amin...



Bestnya join GALS, hadiah untuk 5 PEMENANG

$
0
0
Seronok tau join giveaway LubukSeni.com
So far, puas hati dengan hadiah yang di-offer. Selain spesis jarang ditemui, hadiah meleleh tu untuk ramai pemenang. Kali ni, pemenang untuk 5 orang. Ramai tuhhh, rugi la tak join kanss.
Nak join giveaway? Klik je gambar bawah ni ya!
Banyak rupanya entry menarik kat LubukSeni.com . Kalau sesaperrr minat seni eloklahh singgah blog ni sebab memacam idea uols boleh dapat. Antara perkongsian dalam blog ni ialah:
Dah alang-alang singgah tu, jom Follow BLOG Lubuk Seni [tekan sini] Jom korangg follow LubukSeni sebab lepas ni, banyak lagi entry kreatipp penuh warna-warni. 
Follow rerapatt okke!

Menu Breakfast Hari Ini

$
0
0
Menu Breakfast Hari Ini | Dah nak pukul 11 baru nak cerita pasal breakfast pagi ini, yela pagi ni agak sibuk sikit uruskan kerja-kerja hakiki. Ini pun menaip sambil breakfast, hihihi.. uolls breakfast apa pagi ni. Hari ni nieyl tak sempat bawa bekal so beli dekat cafe je..


Boss baru nieyl baik sangat-sangat tau, selalu je beli breakfast dekat nieyl sampai naik malu juga la nak ambil. Hari isnin dia belikan nieyl nasi lemak, hari ni dia bagi nieyl kuih cara lauk pula.. Semoga boss sentiasa dimurahkan rezeki.. Macam mana nak kurus ni, asyik dapat makanan je..hihihi..


Terima kasih kepada yang always tak pernah jemu komen dekat blog nieyl hari-hari. Insyaállah setiap yang komen tu, ada masa nieyl akan balas semula kunjungan korang yaaa.. 



Dato' Siti Nurhaliza, Judika - Kisah Ku Inginkan (Audio Video)

$
0
0


Nieyl jatuh cinta dengan lagu ni kali pertama dengar di radio..

Lirik Lagu Kisah Ku Inginkan
Telah ku tentukan arah
yang akan ku tempuh di sisa hidupku
karna telah ku temukan
kisah yang ku inginkan dan ku impikan

Sudah ku tambatkan hati
yang selama ini belayar tak pasti
kini telah ku temui
kasih yang aku cari cinta yang pasti

Berakhir sudah pencarian jalan cinta
berlabuh di ikatan suci kita
berhenti sudah keresahan dalam jiwa
kini

Aku dan kamu tak terbatas oleh waktu
tak terlarang tuk menyatu
karna kau rasmi milikku

Kita akan menjaga
janji suci yang telah terikrar
dan saling setia selamanya

Berakhir sudah pencarian jalan cinta
berlabuh di ikatan suci kita
berhenti sudah keresahan dalam jiwa
kini

Aku dan kamu tak terbatas oleh waktu
tak terlarang tuk menyatu
karna kau rasmi milikku

Kita akan menjaga
janji suci yang telah terikrar
dan saling setia selamanya

Aku dan kamu tak terbatas oleh waktu
tak terlarang tuk menyatu
karna aku dan dirimu
dalam ikatan janji suci yang telah terikrar
dan saling setia selamanya

Tetap harus bersama
Meski raga menua
Di dalam cinta selamanya

Petua Cara Hilangkan Bau Peti Sejuk

$
0
0
Petua Cara Hilangkan Bau Peti Sejuk | Aktiviti setiap minggu mak nieyl adalah bersihkan peti sejuk. Boleh dikatakan setiap minggu hari sabtu pagi mak akan bersihkan peti sejuk. Dulu masa dekat rumah lama pun mak macam tu juga ini dekat rumah nieyl pun mak buat perkara yang sama. terima kasih mak... (anak bongsu macam ni la,manje terlebih)  


Kalau bersihkan peti sejuk ini lagi-lagi bahagian beku tu, walaupun kita dah keluarkan semua barang dalam tu, dia pasti ada bau hanyir ikan,ayam,sotong semua lah kan, betul tak?selalu nieyl nampak mak bersihkan guna kain je. Tapi hari ini nieyl ada jumpa satu cara atau petua cara nak hilangkan bau hanyir dalam peti sejuk beku tu.

Hanya menggunakan 2 bahan yang tersangat muda nak cari, kadang-kadang bahan ini ada je dekat rumah iaitu lemon dan esen vanilla. ya..esen vanilla yang selalu kita guna untuk buat kek tu..Biasa kita letak esen vanilla untuk elak bau hanyir telur dalam adunan kek kita kan.So, lepas ini kita boleh gunakan untuk hilangkan bau hanyir dalam peti sejuk pula.



  • Basahkan tuala dan bersihkan bahagian sejuk beku
  • Ambil sepotong lemon dan perahkan ke seluruh bahagian peti sejuk
  • Guna tuala tadi untuk ratakan dan biarkan sehingga kering
  • Letak sedikit esen vanilla dan sapukan diseluruh kawasan peti sejuk
  • Tutup peti sejuk selama 30 minit, bagi haruman esen vanilla menyerap dalam tu
  • kemudian barulah masukkan semula barang-barang dalam peti sejuk beku..
Selamat mencuba ya kawan-kawan...



Jumpa Ex classMate

$
0
0
Jumpa Ex classMate | Rasanya lebih 10 tahun tak jumpa kawan-kawan masa belajar form 6 dulu.. Yang mana close tu tersangatlah rasa rindunya. Hari sabtu yang lepas nieyl ada saturday date dengan kawan-kawan opis,tengok movie tapi nieyl tak join tengok movie sebabnya dieorang tengah mobie hantu. So, nieyl datang lewat sikit sementara tunggu movie habis tu nieyl keluar minum-minum dengan kawan sekolah nieyl yang kerja dekat Alamanda tu. 


Selfie adalah wajib sebelum keluar rumah, hihihi..konon nak buat ootd tapi tak ada pulak orang nak tolong snapkan gambar penuh..jd, belanja selfie je la yaaa...


This is my old friends masa study form 6 dulu..masih lagi tinggi yang sama, perangai yang sama dan masih lagi single. So, biasalah kalau dah dapat bersembang imbas semula kenangan-kenangan masa sekolah dulu..alahai...rindunya nak sekolah semulaaa... InsyaÁllah plan nak pergi melawat bff nieyl masa sekolah form 6 di Shah Alam last week baru selamat bersalin anak ke-3..  

 'Betul lah kata cikgu, zaman yang paling best adalah zaman sekolah"

Lunch Date di Alamanda,Putrajaya

$
0
0
Lunch Date di Alamanda,Putrajaya | Setiap kali tiba weekend je, otak ligat fikir nak buat apa cuti dua hari. Last week officemate ajak pergi tengok wayang filem Behind The Wall, Ya ampun minta maaf ler i tak tengo filem-filem hantu ni, walaupun niat di hati nak cabar diri tapi belum pergi pun semalaman tak boleh tidur apa cter weh..hahaha..

Tak apa la..i rela tak pergi tengok daripada tak boleh tidur 2 3 hari kemudian..ha..ha..ha.. sabtu hari tu dieorang pergi tengok wayang dulu dan nieyl follow makan dan lepak-lepak je. So,datang pun lewat dalam pukul 12.30 macam tu so,tak adalah lama sangat nak tunggu.

Ha..sebelum tu, nieyl nak pagi nama group ni my bambam girl..ha..ha..ha..sebabnya semuanya comel-comel belaka...Kak Lydia kalau baca ni jangan ketawa ya kang sampai bilik saya dengar akak ketawa..ha..ha..ha...


Lepas keluar dari panggung wayang muka semua muka orang tak puas hati sebab filem yang dieorang tengok tu..tak apa la tak nak suruh dieorang review pun sebab kata dieorang tak tahu nak review macam mana..ha..ha..ha.. Ok, perut semua dah lapar, jom kita cari tempat makan sambil borak -borak.. Kitaorang makan di Black Canyon Alamanda. dan ambil makanan set terus untuk makan 5 orang..sharing is caring.. 

Ini adalah minuman fav nieyl bila makan di Black Canyon ni, kalau siapa yang suka minum coffee yang pekat lagi likat boleh cuba Black Canyon Iced  Coffee


Semua ni ada dalam set tau, ini nama dia Stir Fried Mixed Vegetable With Oyster Sauce ala macam sayur campur masak sos tiram , ada carrot , sawi, bunga kobis, cendawan butang..


Yang ini pula nama dia Minced Chicken & hot basil with fried eggs.  Sedap juga walaupun nampak simple je menu dia,telur pun dia goreng setengah masak..kuning dia masih cair..yumyum..


Tom Yum di Black Canyon ni memang antara yang sedap, so memang recommed . Dia ada chicken , seafood so, kalau korang pergi Black Canyon..sila order okay..


Nampak seperti telur hancur yang biasa kita buat dekat rumah tu kan. Sebenarnya ini adalah chicken , Chili dan Praw..Dia masak sekali bersama telur..rasa dia sedap..manis-manis udang tu rasa. 


gambar makanan adalah wajib untuk di snap untuk nieyl share dengan korang tempat-tempat yag sedap untuk korang makan bila tiada idea...


Ok dekat Black Canyon ni nasi dia bagi tu nampak macam tak cukup untuk seorang makan tapi untuk nieyl memang cukup sebenarnya. Untuk makan 5 orang sedang elok tiada pembaziran. So, incase kalau korang rasa tak cukup nasi tu boleh je add on lagi nasi atau makanan lain. 


Bila perut dah kenyang makan nasi, kitaorang beredar ke luar pula lepak dekat area RASA sambil makan Crispy Popiah. Kalau dah makan-makan tu harus la borak-borak panjang, gelak ketawa.. tapi mulut menyungah tak berhenti-henti..ha..ha..ha..Tq kak lydia for crispy popiah..


Ingatkan makan crispy popiah dah kenyang la, sekali order lagi waffle pula..ha..ha..ha... pencuci mulut katanya ya..macam mana nak diet ni weh... kalau korang nak tahu, hari sabtu lepas adalah hari yang paling banyak nieyl makan makanan yang mengandungi gula yang tinggi...weh!seminggu ni pulun minum air kosong..ha..ha..ha...

Apa-apa pun kan, seronok dapat luangkan masa di luar pejabat. Rasa macam bebas..korang, next time tu kalau nak pergi tengok wayang tu, tak yah la tengok filem yang seram-seram...bulan depan kita keluar lagi okay....

Hilangkan Dahaga Musim Panas Ini Dengan Juice Work

$
0
0
Hilangkan Dahaga Musim Panas Ini Dengan Juice Work 

KUALA LUMPUR: Bunyi letupan mercun waktu larut malan, pelbagai jenis makanan yang enak dan lou sang – tidak juga lupa ang pow mari mari! – Tahun Baru Cina telah pun sampai.

Selain daripada bunyi bising, makanan dan perjumpaaan dengan rakan-rakan dan orang yang disayangi, satu perkara yang kami selalu “nikmati” pada musim ini adalah PANAS. Ya, musim ini adalah benar-benar PANAS sepanjang tahun, SETIAP TAHUN.

Tetapi, melain daripada meminum soda yang dipenuhi dengan bahan kimia dan kalori untuk menangani haba, kenape tidak memilih pemakanan yang kaya dengan nutrien yang AMAT SEDAP?

Apa yang kami maksudkan adalah jus buah dan smoothie, dan sini di Juice Works, kami mempunyai pelbagai pilihan untuk palet yang paling arif.



Untuk sekali, pernahkah anda mencuba Water Works? Diperbuat daripada campuran semangka yang menyegarkan, nenas dan jus tropika, ia adalah cawan yang penuh dengan serat dan tenaga yang baik.



Lychee Cooler kami, yang mengabungkan lychee, tembikai dan sorbet juga merupakan pilihan yang sangat popular dan menyegarkan di bawah cuaca yang panas.



Bagi mereka yang lebih suka minuman yang lebih masam, Zesty Melon kami, yang merupakan gabungan dari oren, semangka, kapur dan sorbet, adalah minuman yang terbaik untuk anda.



Akan tetapi, kegemaran musim kami adalah tidak lain daripada Prosperity Juice, yang di buat dari campuran jus dari jeruk mandarin yang indah, jambu sayuran yang sihat jantung, stroberi buah-buahan dan laici berair. Bergabung dengan sorbet yang lazat, wangi dan menyegarkan ini disokong oleh permintaan popular pada musin ini, dan seperti mananya, ia akan menyediakan anda untuk  menerima apa yang tahun baru ini.

Oleh itu, berilah badan anda satu pilihan yang lebih baik apabila anda minum untuk memerangi badan yang PANAS!

Life is Beautiful 9th Giveaway

$
0
0

Klu nak join, just klik banner ya

Tentang Blog Mummy Ayu"Seingat nieyl, tahun 2009 nieyl start menulis blog dan salah satu blog yang time tu nieyl follow adalah blog mummy ayu. Ya kalau tak silap time tu header mummy ayu semua pakai baju putih. Ini bermakna blog nieyl pun seusia blog mummy ayu la"

Nieyl tak ada apa nak cakap tentang blog mummy ayu cuma nieyl nak ckp, nieyl doakan semoga mummy ayu bersama anak-anak terus dimurahkan rezeki, meneruskan kehidupan dengan baik walaupun kehilangan insan yang tersayang..Kekuatan seorang ibu adalah pada anak-anak..semoga Ian dan Iris sentiasa berada di sisi mummy ayu...

 



Makan Western Di Puffy Buffy Cyberjaya

$
0
0
Makan Western Di Puffy Buffy Cyberjaya | Kebelakangan ni banyak entry nieyl pasal makanan, kalau yang follow IG tu sorry la korang, spam gambar makanan je banyak..hihihi.. Kali ini mak nieyl ajak pergi makan western food. Time ni nieyl pergi hari yang sama nieyl hang out dengan kawan-kawan dekat Alamanda tu, that why baju dengan shawl serupa. 


Sebelum korang layan gambar makanan yang sedap-sedap, muka dah tak berapa nak ceria sebab kekenyangan makan dekat Alamanda, belum turun lagi makanan dalam perut kena pergi makan lagi..


Nieyl bawa mak try makanan western food di Puffy Buffy Cyberjaya. Suasana cafe ni sangat luas dan kemas. Korang boleh pilih makan di dalam ataupun di luar. Masa nieyl pergi hari tu tak berapa ramai orang sebab dah petang sangat. So, makanan pun sampai cepat juga. Jom close up makanan yang nieyl order.


Fish dan Chip untuk anak buah nieyl. Ada ikan dan ikan di goreng tepung, kentang goreng serta salad


Ini nama dia Fried Chicken Chop ,ayam digoreng tepung, kentang putar, sos black paper dan salad



Yang ini Grill Chicken  Chop , sos blank paper pilihan mak nieyl. Mak nieyl tak makan sayur-sayur yang stim jadi, nieyl la yang makan sayur tu semua.


Yang ini nieyl punya nama dia Grilled Chicken with cream mushroom sauce..sos dia serius sedap kena dengan selera nieyl..hihihi..


Alamat Kedai
Suite G-32-4809,,
Cyberjaya Business District Perdana 2,
63000 Cyberjaya, Selangor



Gong Xi Fa Cai Setiap tahun meriah

$
0
0
Gong Xi Fa Cai Setiap tahun meriah

Setiap tahun bila tiba tahun baru cina, anak-anak buah nieyl excited nak ikut pergi beraya sebab nak merasai suasana raya cina. Family masih lagi datang menziarahi sedara mara bila tiba perayaan tahun baru cina. Walaupun berlainan agama, ikatan kekeluargaan itu masih lagi tidak putus sampai bila-bila. Mak kata arwah nenek pernah pesan, walaupun dia dah tak ada jangan sesekali lupa sedara mara belah arwah nenek. 


Kebiasaanya dieorang dah tahu, setiap tahun pagi raya pastinya kitaorang sekeluarga akan sampai.. jadi, uncle dan aunty akan siapkan sarapan pagi, menu wajib yang ada nasi lemak. Selalunya aunty akan tempah nasi lemak dekat orang melayu. 


Selain nasi lemak, makanan lain seperti kerepek, kekacangan, kuih raya melayu, limau dan air kotak wajib ada atas meja tu..Kakak dengan abg nieyl pandai cakap mandarin, sebab dieorang ayah hantar pergi sekolah cina masa sekolah rendah. Ruginya lah ayah tak hantar nieyl juga pergi sekolah cina..Kalau tak, mesti pandai juga kan..hihihi...


Nampak tak, anak-anak buah dah macam sebaya makcik dia dah..kekeke..sebab tu ar bila keluar sesama orang kata nieyl sebaya dieorang..ha..ha..ha..sila muntah...


Siapa cakap orang dah kahwin tak dapat angpaw lagi? tu setiap tahun dapat tau..hihihi.. kata aunty raya setahun sekali maa..muka happy dapat angpaw...


Tadaaa...dapat 2 angpaw tahun ni, walaupun tak banyak sangat dalam sampul tu tapi pengalaman pergi raya tu best dan setiap tahun hari raya aidilfitri uncle dan aunty akan datang beraya rumah kitaorang.. Cuma kalau diaorang tak dapat tu, tandanya dieorang pergi holiday dekat oversea. 

Korang cuti panjang 3 hari pergi mana je?


Merasa Tauhu Begedil Yang Viral Tu

$
0
0
Dua minggu kebelakangan ni nieyl memang rajin scroll instagram ni, selalu juga la ternampak orang upload gambar makan tauhu ni. Yela kalau dah hari-hari ternampak sesuatu makanan tu, tekak pun mula la nak merasa juga walaupun sebenarnya makanan tu korang boleh buat sendiri. Ala..sesekali merasa makanan orang lain apa salahnya kan..


Akibat pengaruh sosial media terlalu kuat dalam diri ini, jadinya nieyl order lah tauhu begedil ni dengan officemate punya kawan. Kawan nieyl kata dia sekali hadap sekotak, peh!lagi lah buat terliur..


Untuk pertama kali order tu, nieyl try beli sekotak dulu..nak rasa dulu. Harga dia RM10 sekotak dalam dia ada 8 biji dan sambal hitam.. Sebenarnya yang buat tauhu tu sedap bila kita makan cicah sambal hitam tu..memang sedap..


Dalam tauhu ada begedil, iaitu kentang ,lada sulah,daging cincang sikit dan daun sup. Dia makan time panas-panas lagi menyelerakan tau, nieyl suka Tauhu begedil yang kawan officemate nieyl ni jual sebab rasa dia, secukup rasa tak ada yang terlebih pun dan yang penting tauhu tu tak berminyak.. So, nieyl recommed kalau korang nak cuba..

Facebook :Cik Platipus
Instagram : Cik Platipus



Anda Yang Mana?

$
0
0


Kalau nak cakap jodoh ni, hati berbunga-bunga teringat zaman cinta cintun dulu..kekeke..ha..berangan..antara 5 pilihan di atas nieyl yang no.2, korang pula yang mana satu?  Seingat nieyl, berkawan dengan husband tak lama pun. Dalam setahun lebih kurang, lepas itu kitaorang terus ikat tali pertunangan. Itupun kalau ikutkan tempoh pertunangan dalam 1 tahun tapi di awalkan kepada 4 bulan sebab nak buat sekali majlis belah husband dengan adik ipar..

Bercinta dari sekolah pun pernah juga, lama tapi yela kalau Allah kata jodoh kita dengan orang lain, maka kahwin lah kita dengan orang lain. Jadi, cari lah kebahagiaan dengan mata hati dan iman..

Happy Birthday Ibu Mertuaku

$
0
0
Every weekend sekarang ini nieyl memang sibuk pergi kenduri sana sini dengan program-program family belah nieyl dan belah husband. Tambah pula plan dengan kawan-kawan sekolah, officemate..wah..memang kalau tengok calender handphone nieyl memang penuh kalah wakil rakyat weh..hahaha..

Sibuk macam mana pun time management kena bijak okay, belah pagi sampai tengah hari nieyl memang sibuk dengan program raya cina. Sampai sahaja rumah, sempat juga buat sandwich untuk makan-makan sambut birthday mak mertua nieyl di bawah pokok mangga. 


Yang lahir bulan februari tu kita sambut sekali potong kek, adam pun ada korang mesti rindu adam kan dah lama tak share story adam dalam blog..next entry nanti ya..


Kek birthday ni sedap tau, kek orange..tapi time ni nieyl dah kurangkan manis dalam makanan so, dapat makan sepotong kecil je..


Tengah seronok sembang-sembang bawah pokok mangga, tiba-tiba orang kesihatan datang nak buat fogging, di kitaorang duduk dalam kereta sebab putri tengah tidur...gambar atas tu muka memang bersih tanpa make up..adam ni susah nak snap gambar dengan dia, banyak sangat iklan dia buat..so, ini jela yang cantik..

p/s: sesibuk manapun kita dengan kerja-kerja kita jangan sesekali kita lupa meraikan hari-hari penting orang tua kita atau pasangan kita.

Say No Panadol Please Untuk Sakit Kepala

$
0
0

Bila di serang sakit kepala , hanya terbayang panadol untuk melegakan kesakitan kepala. Setiap orang pasti pernah merasai bagaimana bila sakit itu datang menyerang. Jujur cakap nieyl sendiri pun selalu juga di serang sakit kepala, kalau dulu memang nieyl kerap ambil panadol untuk melegakan sakit kepala tapi bila dah tahu ada cara lain untuk melegakan sakit kepala ini nieyl STOP ambil panadol jika sakit kepala yang biasa-biasa sahaja.


Cara lain untuk hilangkan sakit kepala

Limau Kasturi
  • Perahkan jus limau kasturi ke atas kepala, lumurkan sambil mengurut bahagian yang terasa sakit tu. Mana kulit limau jangan di buang, boleh digunakan untuk mandian dan bilas badan.
Pek Ais
  • Pek ais di letakkan di tempat yang sakit selama 15 minit, mungkin kita akan rasa sedikit kebas tapi jangan risau, sakit kepala akan berkurangan ini kerana ia mengecutkan saluran darah dan mengurangkan pengaliran darah ke kepala bagi mengurangkan tekanan.

Cara nieyl 
  • Biasanya nieyl akan cuci rambut dan bawa tidur dalam bilik gelap tanpa lampu atau pun tutup mata dengan penutup mata, supaya kepala boleh relax dan boleh mengurangkan tekanan.


Makanan Wajib Order Bila Pergi Kedai Mamak

$
0
0
Siapa suka lepak mamak? Nieyl pun jarang pergi kedai mamak melainkan kalau pergi pasar pagi ahad balik mesti singgah kedai mamak dengan kakak nieyl. So, kalau nak pergi mamak tu kena tunggu dia balik kampung dulu, sebab kakak nieyl sorang lagi dia tak layan mamak..hihihi..  Biasa kalau pergi kedai mamak nieyl akan order sama ada roti canai cheeses ataupun meggi goreng ayam. Dua ini je menu kegemaran nieyl kalau datang kedai mamak ni. Kalau air pula dah tentulah teh tarik dia. Tapi bila dah start diet ni, sila pergi main jauh-jauh meggi goreng ayam ni..hehehe..


Viewing all 3220 articles
Browse latest View live