السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Orang kata 'kalau sayang anak tangan-tangankan sayang isteri tinggal-tinggalkan'.
Siapa yang melalui perkahwinan jarak jauh?Nieyl tak pernah melaluinya..
Syukur Alhamdulillah..jodoh bersama orang dekat..
Kawan² ada yang pernah melaluinya dalam jangka masa panjang jugak la..
Zaman dulu si suami keluar rumah berbulan lamanya kerana mencari
nafkah untuk anak-anak dan isteri. Zaman sekarang pula,
isteri atau suami terpaksa berpisah kerana masing-masing mempunyai
kerjaya di tempat yang berbeza.
Tips yang mungkin boleh membantu
Siapa yang melalui perkahwinan jarak jauh?Nieyl tak pernah melaluinya..
Syukur Alhamdulillah..jodoh bersama orang dekat..
Kawan² ada yang pernah melaluinya dalam jangka masa panjang jugak la..
Zaman dulu si suami keluar rumah berbulan lamanya kerana mencari
nafkah untuk anak-anak dan isteri. Zaman sekarang pula,
isteri atau suami terpaksa berpisah kerana masing-masing mempunyai
kerjaya di tempat yang berbeza.
Tips yang mungkin boleh membantu
1.Menerima dengan hati terbuka
Setiap pasangan perlu menerima segala yang berlaku sebagai takdir. Pasti ada kebaikan dan hikmah mengapa mereka terpaksa berjauhan selepas berkahwin. Lihat dari sudut yang sangat positif dan berusaha untuk menyatukan semula keluarga jika ada peluang bertugas di negeri dan tempat yang sama dengan pasangan
2.Gunakan masa berkualiti bersama
Jika selalu berjauhan, sesekali pulang ke rumah pasangan. Pastikan anda menggunakan masa dengan berkualiti. Habiskan masa yang berkualiti bersama isteri dan anak-anak dan lakukan aktiviti bersama supaya ia dapat mengeratkan silaturahim dalam keluarga serta ikatan kasih dalam keluarga dapat dikukuhkan lagi. Buat aktiviti yang boleh melibatkan seluruh ahli keluarga seperti isteri suami dan anak-anak.
3.Yakin dengan kesetiaan
Setiap pasangan yang terpaksa melalui PJJ mesti yakin pada isteri atau suami masing-masing. Apa yang kita fikirkan adalah doa. Sekiranya kita fikir baik, maka baiklah juga yang kita peroleh sebaliknya jika kita fikir yang buruk, buruk juga yang kita dapat.
4.Berkomunikasi
Di zaman serba moden dan teknologi yang canggih, berpisah beribu batu dapat dihubungkan dengan teknologi canggih seperti telefon, Internet, skype dan E-mel. Penggunaan teknologi dapat merapatkan hubungan suami dan isteri. Hubungi pasangan sekerap yang boleh. Bertanya khabar dan sentiasa meluangkan masa untuk bersms dan bercakap dengan pasangan melalui telefon dan sebagainya.
5.Sentiasa berdoa
Melalui fasa perkahwinan PJJ memerlukan banyak kesabaran dan ketabahan diri. Sentiasa melihat sesuatu dari sudut kebaikan dan sentiasa berdoa. Satu senjata yang paling kuat bagi orang yang terpaksa tinggal berjauhan dengan pasangan ialah doa dan sentiasa dekatkan diri pada Allah.
-LOVE xoxo-