السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
HARI ASYURA yang ditetapkan pada 10 Muharram setiap tahun. Sebagai seorang muslim kita dianjurkan untuk menggunakan kesempatan yang mulia ini untuk melakukan amalan-amalan yang sesuai dengan tuntutan sunnah Rasulullah S.A.W. Pada hari tersebut kita disarankan untuk sentiasa berusaha dan berwaspada agar amalan-amalan yang dilaksanakan tidak TERPESONG dari ajaran Islam.
Perkara sunat dilakukan pada hari Asyura
- Puasa Sunat Asyura dengan niatnya dibaca Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
- Melapangkan masa / belanja anak dan isteri.
- Memuliakan fakir miskin.
- Menahan marah.
- Menunjukkan jalan yang lurus / membetulkan orang yang sesat / orang yang salah (terpesong aqidah (tauhid) dan akhlaknya).
- Menyapu / mengusap kepala anak yatim (menghormati dan memuliakan mereka).
- Bersedekah.
- Memelihara kehormatan diri.
- Mandi Sunat dengan lafaz niatnya: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
- Bercelak.
- Membaca Qulhuwallah (Surah Al-Ikhlas) hingga akhir seribu kali.
- Sembahyang sunat empat rakaat dengan lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas al-Fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
- Menjamu orang berbuka puasa.
SELAMAT HARI ASYURA