Quantcast
Channel: Nieyl's Life Story
Viewing all 3220 articles
Browse latest View live

Segmen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia

$
0
0

KENALI PEMILIK BLOG SEINDAHCERITA

Nama panggilan di alam maya dan dunia blog Nieyl.Baru berusia 29 tahun, telah mendirikan rumahtangga pada tahun 2012 dan masih lagi belum ada rezeki untuk memiliki cahaya mata..Merupakan anak yang ke-8 dari 9 adik beradik dan mempunyai seorang suami yang sangat baik,sporting dan sangat memahami nieyl dan tidak penting dia bukan seorang yang cemburu buta.  Mula menulis blog pada tahun 2009 atas sebab ingin menyimpan semua memori dalam bentuk maya ala - ala diari online. 

Dari menulis tentang personal life,kini menulis pelbagai isu dan topik untuk dikongsikan kepada mereka yang mengikuti blog seindahcerita. Hobi nieyl adalah melayari internet sebab nieyl buat biz online sebagai part time job dan nieyl suka memasak. Kebanyakkan masakan yang nieyl masak nieyl akan share dalam blog resepi - resepi untuk dijadikan rujukan dan panduan.

Pengalaman yang paling teruk dalam dunia blog sejak nieyl join, bila baru berjinak dalam dunia blogger, nieyl di ganggu dengan pemberi komen yang psiko dengan meninggalkan komen-komen yang negatif dan berunsurkan lucah..Ya Allah time tu hanya satu je yang terlintas dalam kepala ni nak stop berblogging. Memang nieyl berhenti seketika untuk pulihkan semula semangat untuk menulis semula..Itulah pengalaman yang nieyl tak boeh lupa sampai bila-bila..Yang penting adalah kita jujur dan kuat dalam menyampaikan maklumat yang betul.

Semoga tahun depan nieyl lebih rajin menulis,lebih banyak idea dan lebih dimurahkan rezeki dalam apa juga yang nieyl lakukan,korang doakan juga okay..

Untuk menyertai Segmen ini,




Duck Giveaway by Blog Nadiaizzaty.nia

$
0
0
Join klik Banner ya

25/11/2017 until 25/12/2017

Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Kerajaan Bagi Tahun 2018

$
0
0
Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Kerajaan Bagi Tahun 2018 | Amboi..amboi..bulan 12 pun belum masuk lagi, dah keluar dah jadual gaji orang kerajaan ya...Bila dah tahu awal ni, boleh buat perancangan kewangan keluarga masing-masing..peringatan untuk diri sendiri juga.


Putu Mayam Sedap Rupanya

$
0
0

Putu Mayam Sedap Rupanya | Siapa yang kaki makan memang rugi lah berkawan dengan nieyl ni sebab banyak makanan yang nieyl tak makan. Sebelum-sebelum ni nieyl selalu je nampak kedai jual putu mayam ni tapi tak tertarik pun nak beli sebab mind set dah cakap makanan ni bukan sedap pun.. Sebab tula orang kata tak kenal maka tak cinta sama juga dengan makanan ni, tak cuba tak tahu rasanya. 

Sampai lah hari ahad lepas, nieyl pergi kenduri area rumah kakak nieyl di PJ. Ada gerai putu mayam so, kakak nieyl pun ambil 2 pinggan, lepas tu entah macam mana hati ni tergerak nak rasa sedap ke tidak sampai selalu nampak orang beli dekat pasar malam tu. Sekali rasa,berasa-rasa nieyl makan,hahaha..terus rasa sedap..patut pun orang beratur beli makanan ini.

Nieyl ada buat research sikit rupanya Putu Mayam adalah makanan tradisional India yang telah mendapat sambutan dari semua bangsa.Diperbuat daripada tepung beras bersama air dan santan, kemudian doh ditekan dalam acuan sehingga menjadi mee dan di kukus. Ianya di hidang bersama kelapa parut dan gula perang atau gula kabung atau gula melaka.

Nasi Kerabu Menjadi Pilihan

$
0
0
Nasi Kerabu Menjadi Pilihan | Jarang dapat makan berat macam ini sejak nieyl amalkan menu breakfast yang healthy. Hari ini belanja tekak dan perut nasi kerabu cafe. Sungguh berselera bila dapat makan pagi macam ni kan.. Dah lama berhajat nak belajar buat nasi kerabu sendiri, tapi masih belum ada kesempatan masa lagi. Korang breakfast apa pagi tadi?


Fire Drill sangat penting dalam sesebuah organisasi

$
0
0
Fire Drill sangat penting dalam sesebuah organisasi | Hujung bulan 11 telah dimaklumkan bahawa bila-bila masa sahaja Fire Drill akan dilakukan jadi di nasihatkan supaya sentiasa bersiap sedia untuk mencari tangga kecemasan dan berkumpul di kawasan lapang. Semalam 6 Disember 2017 telah terjadinya fire drill di bangunan yang nieyl kerja. Time tu nieyl baru lepas breakfast dan nak pergi ke toilet, sekali dengar bunyi alam terus capai telefon dengan kunci laci je terus turun melalui tangga kecemasan. Nieyl ambil barang yang ada atas meja sahaja ketika itu tak terfikir pun handbag sebab semua dalam laci. 


Apa itu Fire Drill?

Adalah latihan pemadaman kebakaran agar kita semua sentiasa berwaspada dan siaga dalam menghadapi kebakaran. Kebakaran adalah sesuatu yang kita tidak boleh jangka bila akan berlaku, tapi kita perlu sentiasa berwaspada jika ianya berlaku kita tahu apa perlu kita buat untuk selamatkan diri. 



Sempat snap ketika latihan kebakaran sedang berlaku, nampak real asap keluar dari tingkap-tingkap bangunan..Alhamdulillah nieyl menjadi antara orang-orang terawal yang turun dan keluar dari bangunan. So, untuk latihan ni nampak nya orang masih lagi jalan senang hati ke padang tapi jika kejadian yang sebenar, tak mungkin kita mampu jalan senang hati begitu kan. 


Selepas 20 minit bangunan di kosongkan, ketua bomba untuk latihan fire drill maklumkan bahawa bangunan nieyl kerja adalah selamat di duduki. Lengkap semua peralatan kecemasan dan kebakaran. So, tak perlu risau jika bangunan korang selamat di duduki cuma pesan bomba, jika berlaku kebakaran cari laluan kecemasan dan turun selaju yang boleh bagi mengelakkan kita terhidu asap kebakaran yang boleh menyebabkan kita sukar untuk bernafas. INGAT!



Jangan Menetang Penuaan: Aktifkan Aktiviti Keremajaan Anda

$
0
0

MURAD® RETINOL SAINS YANG SEMPURNA MELALUI PELANCARAN RETINOL RENEWAL SERUM DAN NIGHT CREAM 



Dikuasakan oleh Teknologi Tri-Active, formula yang pantas menyasarkan tanda-tanda penuaan yang kelihatan di muka – tanpa kesan sampingan Murad®– jenama penjagaan kulit klinikal – melancarkan Retinol Youth Renewal Serum, anti-penuaan baru yang menyasarkan tanda-tanda yang kelihatan dengan cepat tanpa sebarang kesan sampingan. Dikuasakan oleh teknologi Murad RetinolTri-Active Technology, serum bertindak cepat ini mengurangkan garis kedutan yang mendalam, menegangkan, melicinkan warna kulit, menyinar dan memudakan kulit. Mengikut kajian yang ditaja oleh Murad, 93% pengguna telah melihat pengurangan garis and kedutan pada kulit mereka manakala 98% mengatakan kulit mereka lebih licin berbanding sebelumnya dan 87% telah menyaksikan kulit yang lebih kukuh selepas hanya dua minggu penggunaan.

Retinol dikenali sebagai bahan anti penuaan berstandard emas; itulah sebabnya pesakit saya kerap memintanya,͟ kata Dr. Howard Murad, pengasas Murad. ͞Walaubagaimanapun, saya telah melihat keperluan yang signifikan untuk product baru yang memberikan hasil yang lebih cepat dan tidak akan menyebabkan kerengsaan dan kekeringan. Setelah bertahun-tahun penyelidikkan dan pembangunan, saya berbangga mengatakan bahawa kita akhirnya telah menyempurnakan ilmu retinol dengan serum ini.͟

Sementara banyak produk retinol di pasaran bergantung kepada satu bentuk retinol dan boleh mengambil beberapa minggu untuk mendapat perubahan yang ketara, formula unik Murad mempunyai gabungan tiga teknologi retinol untuk menyampaikan hasil yang lebih cepat tanpa kerengsaan. Hasil daripada tiga sistem serampang ini, Retinol Yputh Serum Mata Pembaharuan menyampaikan paras optimum retinol dengan bekerja lebih cepat, menyampaikan hasil yang mampan dan meningkatkan keberkesanan.

Retinol Tri-Active Technology berfungsi melalui tiga cara:
1.Fast-Acting Retinoid:Mempercepatkan hasil melalui peningkatan perolehan selular; 
2.Time-Released Retinol: Diadopsi dalam cangkang lipid yang perlahan-lahan meresap ke dalam kulit, ia menyampaikan retonil yang konsisten dan berterusan sepanjang masa; 
3.Retinol Booster: Meningkatkan keberkesanan dengan bertindak seperti magnet untuk membantu meningkatkan daya penerimaan kulit kepada manfaat retinol. 
4.Peptide-rich Red Algae Extract meningkatkan ketegasan dan keanjalan kulit sambil menenangkan kulit melalui Krim Malam.

Sebagai tambahan kepada penggubalan dasarnya, Murad Retinol Youth Renewal Serum Eye juga merupakan antara yang pertama mengamalkan penggunaan Swertia Flower Extract, bahan yang berasal dari Himalaya dan diiktiraf atas keupayaannya untuk membantu membantu di dalam pertumbuhan semula sel-sel kulit selepas terbakar. Ekstrak ini, apabila dipasangkan dengan bahan aktif yang lain, mengurangkan kerengsaan dan melembutkan kulit. Retinol Youth Renewal Serum juga menggunakan Hyaluronic Acid Spheres untuk menghidrat dan menyejukkan kulit serta melicinkan.

Retinol Youth Renewal Eye Serum (RM478 30mL), dan Night Cream (RM 428, 50mL) boleh di dapati di Murad.com.my, kedai-kedai utama Murad, Sephora dan salun di seluruh negara bermula Januari 2018. Untuk maklumat lanjut mengenai Retinol Youth Renewal Serum atau produk-produk Murad lain, sila layari Murad.com.my atau cari kami di Facebook, Twitter,Instagram,YouTube and Pinterest.

Connected Beauty Pendekatan berwawasan Murad untuk penjagaan kulit diasaskan pada kebenaran mudah dimana hidup lebih muda adalah pilihan yang anda boleh dibuat setiap hari. 

Kami percaya kemudaan adalah gambaran bagaimana perasaan and, bagaimana anda melihat dan bagaimana anda hidup, kerana setiap aspek kehidupan adalah sama seperti sel di dalam tubuh anda. Itulah sebabnya segala yang kita lakukan di Murad direka untuk membantu mengaktifkan kemudaan melalui penghidratan pada tahap selular. 

Murad—kehidupan yang bersambung adalah kehidupan yang indah.

*Di dalam kajian yang ditaja oleh Murad. Keputusan untuk setiap individu mungkan berbeza. 

ABOUT MURAD, INC.
Ditubuhkan pada tahun 1989, Murad adalah jenama penjagaan kulit klinikal perintis yang didedikasikan untuk mengalakkan orang ramai untuk hidup dengan lebih bahagia, sihat dan hidup yang lebih penuh. Disokong oleh 19 paten yang unik dan warisan yang mempunyai lebih daripada 30 tahun penyelidikan dan ujian klinikal, falsafah unik Murad, yang dikenali sebagain Connected Beauty, adalah pendekatan seluruh badan manusia untuk kesihatan dan kecantikan yang memberi inspirasi kepada orang untuk menyuburkan kulit mereka, membangkitkan badan mereka melalui aktiviti fizikal, ͞Eat͟ air dengan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan sumber air, dan pemikiran ͞Be Kind To Their Mind͟.

Untuk maklumat lanjut mengenai Murad, log masuk www.murad.com.my atau Facebook Murad diMurad.Malaysia


Perawan Atau Janda - Cita Citata (Official Music Video)

$
0
0
Aduhai dua tiga hari ini asyik nak dengar lagu ni je,goyang sana goyang sini enjoy buat kerja sambil kepala tangan goyang..hilang stress..




BRIM 2018 Jom Kemaskini

$
0
0
BRIM 2018 Jom Kemaskini | Kini permohonan BR1M 2018 dan kemaskini maklumat BR1M secaca online. Permohonan baru bantuan rakyat 1 malaysia 2018 dan kemaskini maklumat sedia ada boleh dibuat bermula 27 November sehingga 31 Disember 2017.


Bantuan Rakyat 1 Malaysia terbahagi kepada 3 kategori iaitu :-
  1. Individu berpendapatan bulan RM2000 dan ke bawah
  2. Isi rumah berpendapatan bulanan RM3001-RM4000
  3. Isi rumah berpendapatan bulanan RM3000 dan ke bawah


Kepada mereka yang hendak membuat permohonan baru dan kemaskini maklumat sedia ada boleh klik SINI atau klik pautan ini. https://ebr1m.hasil.gov.my/

Dugaan dan Ujian dari Allah

$
0
0
Dugaan dan Ujian dari Allah | Lama rasanya tak bersiaran di Blog, maaf ya kawan-kawan nieyl kebelakangan ni sibuk sikit sampai demam-demam uruskan majlis perkahwinan adik bongsu nieyl. Lagi nak dekat lagi sibuk menguruskan macam-macam hal dari yang besar sampailah yang kecil. Weekend yang lepas 2 hari cuti nieyl memang kerja keras menyiapkan goodies untuk tetamu. Nasib baiklah ramai yang sudi membantu dari pukul 10 pagi sampai 11 malam baru siap semuanya..huhuhu..

Hari ini demam dah kurang cuma masih batuk dan sakit tekak mungkin sebab cuaca kini tak menentu kejap hujan kejap panas. Doakan kesihatan nieyl ya..semoga terus sihat untuk majlis adik nieyl this week dan next week...

Petronas Vouchers Cepat Grab

$
0
0

Petronas Vouchers Cepat Grab | Berita baik untuk pengguna setia dan tak setia PETRONAS, mulai 12 Disember 2017 sehingga 28 Februari 2018 Petronas ada promosi hebat.  Hanya dengan mengisi minyak di PETRONAS,min RM20, dapatkan vouchers dan Menang!



Bagaimana hendak dapatkannya?
Dengan membeli RM 20 PETRONAS Primax, atau Item Promosi Bulanan Mesra atau PETRONAS Syntium 4L. Terhad kepada 4 baucar setiap transaksi untuk bahan bakar. Produk Promosi Bulanan Mesra dan pembelian PETRONAS Syntium adalah terhad kepada 1 baucar setiap transaksi.

Berapa voucher yang diterima setiap belian RM20?
Bagi setiap RM 20 mereka berhak mendapat 1 baucer, namun hanya terhad kepada 4 baucar untuk setiap transaksi;

RM 20 PETRONAS PRIMAX: 1 voucher
RM 40 PETRONAS PRIMAX: 2 voucher
RM 60 PETRONAS PRIMAX: 3 voucher
RM 80 PETRONAS PRIMAX: 4 voucher
RM 100 PETRONAS PRIMAX: 4 voucher


Ini contoh vouchers yang akan kita terima, so..nanti korang boleh la gores kot-kot boleh menang wang tunai ke ataupun minyak free ke..mana la tahu rezeki orang kan...


Untuk maklumat lebih lanjut
Boleh Klik SINI
atau
https://www.mymesra.com.my/


Adam Main Tikam -Tikam

$
0
0
Adam Main Tikam -Tikam | Masa zaman kanak-kanak nakal dulu, boleh dikatakan selalu pergi kedai main tikam-tikam ni, ada mesin yang 20sen dan ada yang 50sen. Kadang-kadang entah apa-apa mainan je pun yang keluar.. Bulan lepas, time nak pergi beli barang goodies dekat kedai borong banting, bawa adam sekali jalan-jalan, dekat depan kedai tu memang banyak mesin tikam-tikam. Teruja adam bila offer dia cuba, mula-mula dia pilih yang 50sen tapi duit syiling ada yang 20sen je,dia main yang 20sen punya je..Mainan ni memang legend zaman sekolah dulu..

Korang pernah main tak?







Adik Selamat Nikah

$
0
0
Adik Selamat Nikah | Syukur Alhamdulillah..15.12.2017 selamat bernikah adik bongsu nieyl dengan pasangan pilihan hatinya. Kami sekeluarga bergerak ke kedah jam 2.00 pagi sampai lebih kurang jam 12.30 tgh hari sebab banyak kali berhenti lagipun tak nak rushing sangat ketika di atas jalan raya..Kami konvoi 8 buah kereta dan seramai 40 orang..Kami tidur semalam di homestay yang disediakan oleh pihak pengantin perempuan. 




Majlis belah perempuan telah selesai. Minggu ini majlis belah lelaki pula Ya Allah permudahkanlah semua urusan kami sekeluarga dalam menjayakan majlis perkahwinan adik bongsu kami ini. Amin..


Belajar Forex Dengan Trading Coach International di Masters Summit 1.0

$
0
0
Tajuk : Belajar Forex Dengan Trading Coach International di Masters Summit 1.0


Dalam kepesatan zaman teknologi yang semakin canggih, ramai peniaga suka berniaga secara online untuk menambah pendapatan mereka disebabkan oleh taraf hidup yang semakin hari semakin meningkat. Jika harapkan duit gaji bulanan tanpa melakukan kerja tambahan, agak sukar untuk menampung perbelanjaan seharian.




Bagi menjamin kewangan yang kukuh dalam jangka masa yang panjang, anda perlu menjadi seorang yang bijak dalam merancang perniagaan anda. Melabur adalah satu urusniaga paling mudah yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja dan keuntungannya adalah berlipat kali ganda daripada modal yang dikeluarkan.


Disebabkan oleh keuntungan yang lumayan inilah yang membuatkan ramai orang mengambil keputusan untuk melaburkan wang dalam pasaran kewangan terbesar di dunia iaitu pasaran pertukaran asing (Forex). Tambahan lagi dengan adanya kuasa internet yang meluas dapat memudahkan lagi urusniaga pelaburan di pelusuk dunia.


Apakah Itu Forex?



Forex adalah singkatan nama bagi FOReign EXchange atau lebih mudah difahami dengan urusniaga perdagangan/transaksi matawang yang boleh dilakukan selama 24jam secara berterusan tanpa henti. Perdagangan/transaksi ini memperdagangkan mata wang sesebuah negara terhadap mata wang negara yang lainnya yang melibatkan pasaran wang utama di dunia.


Dikatakan pasaran Forex ini mempunyai pasaran yang sangat kukuh sehingga mampu mengalahkan mata wang asing yang terbesar dan nilai transaksi pasaran forex mencapai nilai trilion sehari. Oleh kerana itu juga lah ramai prospek yang semakin ramai melabur dalam perdagangan Forex kerana ianya sangat menguntungkan.

Kenapa Anda Perlu Memilih Forex?

1. Modal Kecil.



Untuk mula melabur dalam pasaran Forex tidak memerlukan modal wang yang banyak. Anda hanya perlu membeli sejumlah minimum saham yang ditetapkan sebagai permulaan pelaburan anda. Dengan jumlah minimum ini dapat memberikan peluang kepada anda yang berminat dalam pelaburan Forex.

2. Untung Besar.

Tidak dinafikan lagi bahawa pasaran Forex memberikan lebih banyak faedah serta keuntungan daripada kerugian. Dengan melabur secara rasional dapat membantu anda menikmati pulangan keuntungan  yang berlipat kali ganda dan lebih lumayan daripada apa yang anda jangkakan.

Belajar Forex Dengan Trading Coach International di Masters Summit 1.0

Forex telah menjadi satu alternatif pelaburan yang semakin hari semakin popular diperkatakan oleh pelabur. Ini disebabkan oleh ROI ( Return On Investment) daripada Forex memberikan keuntungan yang cepat. Akan tetapi, sekiranya anda tidak mempunyai ilmu pelaburan Forex yang mencukupi akan menyebabkan anda berhadapan dengan risiko kerugian.


Bagi menguruskan kewangan yang baik, anda perlu mempunyai pengetahuan yang secukupnya terutamanya dalam pelaburan Forex ini. Sebagai persediaan untuk memulakan pelaburan, anda perlu mendapatkan ilmu dan maklumat pelaburan yang betul untuk menjadikan anda seorang pelabur yang bijak. Antara perkara-perkara yang perlu anda fikirkan ialah :  


1. Mempunyai modal melabur yang mencukupi.
2. Ketahui matlamat atau tujuan pelaburan.
3. Mendapatkan ilmu yang betul daripada sumber yang sahih dan dipercayai.
4. Fahami apa yang diajar dan dapat menguasai ilmu sepenuhnya.
5. Mampu membuat keputusan sendiri.
6. Sentiasa mengikuti per­kem­bangan semasa pelaburan.
7. Membuat pembelajaran sendiri dengan membaca.


Mungkin agak sukar untuk anda memikirkan semua ini sekiranya anda tidak mempunyai ilmu dalam pelaburan. Lebih-lebih lagi sukar untuk mencari maklumat yang boleh dipercayai. Adalah lebih mudah sekiranya anda belajar Forex dengan Trading Coach International di Masters Summit 1.0 yang dianjurkan oleh PIPSEMPIRE ACADEMY.

Kenapa Anda Perlu Menyertai Forex Masters Summit 1.0

1. Yuran Hanya Bayar Sekali Sahaja.

Dengan bayaran yuran sekali sahaja, anda akan dapat sertai kelas Forex berkali-kali. Tawaran istimewa ini hanya untuk mereka yang menyertai kelas anjuran Pips Empire Academy sahaja dan anda boleh bandingkan yuran kelas lain yang hanya menawarkan kelas secara on off dengan bayaran yuran yang mahal.

2. Kelas Selama setahun.

Dengan kadar yuran yang murah sekali bayar, anda akan menikmati kelas penuh selama 3 hari dan kelas pada setiap hari Isnin selama setahun. Dalam masa setahun ini anda boleh belajar sampai pandai dan boleh bertanya apa-apa soalan pada guru yang mengajar. Sangat menguntungkan bukan?

3. Silibus Yang Mudah Faham.

Kelas Forex Master  menyediakan silibus yang mudah difahami dengan strategi yang ringkas dan terbukit berkesan. Pembelajaran juga dilakukan secara bersistematik dan mempunyai silibus bagi memudahkan lagi pelajar memahami Forex dalam jangka masa selama setahun bagi menguasai ilmu Forex sepenuhnya.

4. Kemudahan Pembelajaran Yang Lengkap dan PERCUMA.

Selain mempunyai silibus yang mudah difahami, anda juga akan diberikan analisis percuma, signal percuma serta webinar percuma. Tambahan lagi anda akan dapat menyertai networking komuniti yang mempunyai sistem yang mantap dan berterusan daripada aplikasi telegram, whatsapp dan facebook.


Lebih menarik lagi sekiranya mempunyai Trading Floor di Singapura, Shah Alam, Melaka, Sabah dan tempat-tempat lain, anda boleh pergi bercuti sekali. Malahan kalau kebetulan berada di Shah Alam atau Melaka, boleh masuk kelas di sana secara percuma. Paling penting ialah dilengkapi dengan kemudahan “Auto Trade Management” (systematic trading by professional traders).

5. Tenaga Pengajar yang Berkemahiran Dan Berpengalaman.



Untuk berjaya, anda perlu belajar daripada mereka yang mahir dan berpengalaman dalam sesuatu bidang. Disebabkan itu, PipsEmpire Academy menyediakan tenaga pengajar yang berkemahiran serta berpengalaman dalam pasaran Forex untuk kelas belajar Forex ini.

6. Mempunyai Kelas Fast Track Trader.

Kelas Fast Track Trader Ini adalah satu satunya kelas untuk menjadikan anda seorang professional dan international trader dalam masa yang singkat. Pendek kata, ia adalah shortcut journey of Trade dimana anda boleh mengikuti kesemua program PipsEmpire Academy secara percuma tanpa perlu membayar apa-apa.

Kelebihan Kelas Fast Track Trader.

  • IB Training PERCUMA.
  • Daily Signal PERCUMA.
  • Maklumat PERCUMA.
  • Webinar PERCUMA.
  • Silibus yang MUDAH difahami.
  • Perkongsian lebih 50 strategi yang mudah dan ringkas serta terbukti berkesan.
  • Pengajaran secara sistematik dan bersilibus.
  • Tenaga pengajar yang berkemahiran dan berpengalaman.
  • Support sistem yang mantap dan berterusan (telegram, whatsapp dan facebook).
  • Kemudahan pembelajaran yang lengkap!
  • Business To Business
  • Kemudahan “Auto Trade Management” (systematic trading by professional traders)
  • Secret Techniques

7. 6 Speaker Hebat.



Pada Forex Masters Summit 1.0 akan menampilkan 6 speaker hebat dalam bidang pelaburan pasaran Forex ini untuk berkongsi pengalaman mereka kepada anda. Antara 5 speaker yang hebat ialah Mario Singh, Wayne Ko, Ahmad Zaki, Ibrahim, Zulhilmi dan Aun Khairul.


Mario Singh.



Mario Singh merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Fullerton Markets dan pengurus Forex yang terkenal diserata dunia sebagai pendidik FOREX. Beliau telah mendapat latihan perbankan swasta dari Julius Baer (Bank Swiss yang terbesar di dunia dengan aset 340 Billion di bawah pengurusan CHF) dan perbankan ICBC (salah satu perbankan komersial terbesar di dunia dengan permodalan pasaran pada 269 Bilion.


Beliau juga adalah seorang pakar yang sentiasa mendapat perhatian ramai di dalam industri FOREX ini. Beliau juga telah muncul lebih 40 kali dalam rancangan CNBC dan Bloomberg. Seramai 350 juta penonton diseluruh dunia menonton setiap kali beliau menampilkan diri dalam berkongsi tentang pelaburan Forex ini.      


Wayne Ko.



Wayne KO adalah Ketua Penyelidikan dan Pendidikan di Fullerton Market. Beliau memberikan perkhidmatan “thought-provoking analysis” dan idea perdagangan kepada beribu pelanggan di seluruh dunia. Beliau sendiri adalah perdagang yang ternama yang mesra dan bersemangat membuatkan ramai orang dari seluruh dunia ingin mempelajari rahsia kejayaan beliau.


Sebagai seorang penceramah di peringkat antarabangsa, beliau telah berucap di depan beribu perdagang dan pelabur dari pelbagai negara di seluruh dunia termasuklah Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam, Kemboja, Australia dan China. Ucapan beliau dalam berkongsi pengalaman berdagang tidak pernah membosankan para pendengar.  


Ahmad Zaki.



Ahmad Zaki merupakan Pengasas akademi SIMPLYFX FOREX dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam industri FOREX. Beliau juga telah dianugerahkan tempat pertama untuk dua tahun berturut-turut di dalam pertandingan FOREX yang di adakan di Singapura. Beliau juga adalah orang kuat di belakang penubuhan jutawan “SUPER SCALPER TRADERS”.


Selain itu beliau juga adalah seorang pengasas teknik/strategi khas yang telah terbukti berjaya di dalam perdagangan FOREX. Beliau juga baru sahaja dianugerahkan sebagai GRAND CHAMPION 2017 daripada Fullerton Markets.  Bukan calang-calang orang beliau ni.


Ibrahim.



Ibrahim adalah perdagang profesional dan pengurus dana proprietari. Beliau adalah orang yang tepat untuk berkongsi dan belajar strategi perdagangan. Beliau juga adalah pengarah pendidikan di SIMPLYFX. Beliau mula berdagang di dalam pasaran FOREX pada 2012 dan mempunyai rekod peribadi yang baik dengan 1000% pulangan pelaburan dalam masa hanya dua bulan. Beliau telah melatih lebih daripada 3000 perdagang dari Malaysia, Indonesia dan Singapura.


Zulhilmi.



Zulhilmi Yusoff adalah pedagang forex sepenuh masa dan merupakan salah seorang mentor di PipsEmpire Academy selepas tiga tahun menjadi ejen Unit Trust. Beliau mempunyai dua tahun pengalaman dalam FOREX. Pengasas teknik membunuh FusionFIBO yang diasaskan daripada FIBO yang asal, yang mana ia sudah terbukti sebagai satu strategi yang sangat efektif untuk perdagang scalping, intraday dan swing. Beliau telah mengajar dan membangunkan ramai pedagang yang konsisten dan berjaya.


Aun Khairul.



Aun Khairul diibaratkan sebagai kisah klasik “Zero To Hero” di dalam FOREX. Beliau telah diperkenalkan kepada Forex oleh SIMPLYFX Malaysia. Setelah berjaya, beliau kini adalah mentor dan menguruskan PIPS EMPIRE MALACCA TRADING FLOOR hanya selepas dua tahun aktif di dalam perdagangan FOREX. Beliau juga turut dikenali sebagai pakar perdagangan emas dengan memberikan analisis harian yang tepat dan hampir sempurna untuk perdagangan emas.  

8. Lokasi Yang Strategik.



Forex Masters Summit 1.0 2018 akan diadakan di IDCC (Ideal Convention Centre) Shah Alam yang merupakan tempat yang sangat strategik dan selesa untuk semua peserta. Antara kemudahan yang ada dan berdekatan di sini adalah :  
  • Parking Percuma
  • Makan 3x (Breakfast, Lunch, Tea Break)
  • Dekat dengan hotel (Mewah / Murah) From RM108/night
  • Budget Hotel RM86/night.
  • Easy access Federal Highway
  • Wifi Percuma

Daftar Minat Anda Percuma SEKARANG!!!
Berminat untuk melabur dan ketahui lebih lanjut tentang Forex? Rebut peluang ini dengan menyertai Forex Masters Summit 1.0 sekarang kerana tempat adalah terhad. PipsEmpire Forex class dan Fast Track Trader Program juga menawarkan pakej dengan harga yang tak masuk akal. Jadi, daftar minat anda percuma sekarang juga. Jangan tunggu lama-lama.

Nama Penuh
Email:
No Telefon:

We respect your email privacy
-->


Majlis Persandingan Adik Di Kedah

$
0
0
Majlis Persandingan Adik Di Kedah | Pejam celik pejam celik, kini adik nieyl yang selalu lagi kawan gaduh masa kecil dah selamat menjadi suami orang. Syukur Alhamdulillah, bertemu jodoh yang lebih matang dari dia,yang boleh jaga dia. Kalau sebelum-sebelum ini, kakak-kakak ipar nieyl dari negeri pahang, perak dan yang kali ni jauh ke utara sana. Ini adalah kali pertama nieyl satu keluarga besar pergi ke Utara untuk sama-sama meraikan hari bahagian adik bongsu kami.


Rasanya ini adalah konvoi paling ramai kami sekeluarga untuk ke majlis perkahwinan iaitu 8 buah kereta dan seramai 40 orang. Bila perjalanan jauh, kesabaran dan bertolak ansur itu sangat penting.  Alhamdulillah ahad pagi kami sampai dengan selamat jam 4.30 pagi. 


Minggu ini pula majlis bertandang belah lelaki, Alhamdulillah setakat hari ini semuanya mengikut perancangan yang telah di rancangan bersama 5 bulan sebelum majlis minggu ini berlangsung. Moga semuanya berjalan dengan lancar..


5 Stamps 1 Free Limited Edition Reusable Bag Juice Works

$
0
0
Minumlah semasa anda berbelanja!


KUALA LUMPUR: Anda lebih baik berhati-hati, anda lebih baik tidak menangis, kereana ada banyak beli belah yang anda perlu lakukan!

Kesesakkan jalan raya dan saat akhir membeli belah adalah begitu gila sekarang. Bah kan ia menjadi lebih gila.

Adakah kaki anda terasa sakit dan berasa anda tersekat di dalam suasana buruk dengan pelbagai pilihan yang anda lihat? Tibalah masanya untuk anda berehat dan mendapatkan diri anda minuman yang sesuai untuk menghidrasikan badan sebelum menyambung kembali aktiviti membeli-belah.

Sempena dengan musim perayaan ini, Juice Works telah mencipta satu minuman yang istimewa dan berkilau merah! Ia melambangkan semua kebaikkan, kebahagiaan dan kegembiraan manis sepanjang tahun ini. Juice Works berharap nama itu sendiri akan memberikan sentuhan kegembiraan; “Honey, it’s Christmas!” sempena perayaan yang bermakna ini.

Smoothie ais bercampur dengan jus embun madu, plum, strwberi, limau dan tambahan bermusim delima mulberi dan delima ruby-merah; ramuan ini hanya boleh didapati dari 6 Nov sehingga 1 Jan 2018!

Kandungan anti-oksidan yang banyak didalam minuman ini boleh membantu mengecilkan radikal bebas yang jahat didalam badan anda, vitamin C, serat, folat dan kalium juga adalah keperluan untuk badan anda pada musim yang sibuk ini.


Apa lagi, untuk setiap pembelian RM 20 yang and belanjakan di Juice works, anda akan mendapat satu stem. Kumpulkan 5 stem dan anda akan mendapat edisi terhad beng kitar semula (ya, ia adalah sangat berguna untuk membeli-belah). Tawaran istimewa ini adalah sah sehingga 31 Jan 2018 atau sehingga stuck masih ada.

Oh ya! Tidak lupa juga bahawa ia adalah musim untuk memberikan kegembiraaan kepada semua, Juice Works juga telah menyediakan baucar tunai bernilai RM 10 setiap satu untuk membolehkan anda untuk menghadiahkan kepaya orang yang tersayang. Kerana Juice Works tahu, hadiah yang terbaik untuk orang tersayang adalah “hadia kesihatan” dan cara yang lebih baik dan mudah untuk memastikan orang yang tersayang mendapat nutrien yang terbaik.



Juice Works ingin juga mengucapkan terima kasih atas sokongan semua sepanjang tahun 2017, dan Selamat Menyambut Hari Krismas yan sihat dan Tahun Baru yang hebat!



MENGENAI JUICE WORKS Malaysia


Juice Works Malaysia adalah perintis syarikat jus buah-buahan yang segar di negara di mana mereka dipercayai oleh beribu-ribu pelanggan-pelangang setia untuk kraf yang mengunnakan ramuan bahan-bahan semulajadi yang terbaik.

Diasaskan oleh Jason Choy dan Ling Mooi Li, pasangan berkenaan membuka kiosk pertama di pusat beli-belah Curve pada Disember 2004. Setelah tidak lama ia dibuka, kisok tunggal ini telah memenangi pujian daripada pelanggan-pelanggan untuk menu jus yang sihat dan smoothie yang sangat lazat.



Bermula daripada satu kiosk, Juice Works Malaysia telah berkembang sebagai syarikat pembekal jus buah-buahan dan smoothie segar premium di negara ini yang mengkhusus dalam menu hebat untuk lebih daripada 30 pilihan buatan tangan. Jenama ini terkenal dengan minuman sihat yang segar, dibuat selepas pesanan dan lazat menjamin pelangan akan kembali melawatnya lagi. Daripada eksekutif perniagaan yang sibuk kepada ibu bapa dan pengguna yang mementingkan kesihatan, Juice Works Malaysia mempunyai minuman yang sesuai dibuat segar untuk setiap keperluan individu.


Juice Works Malaysia kini boleh dijumpai di 29 lokasi di seluruh negara dengan banyak lagi akan di buka pada masa yang akan datang. Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk gaya hidup sihat, Juice Works Malaysia juga menawarkan peluang francais sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangannya, serta kiosk mudah alih untuk menyampaikan minuman kepada pelanggan yang asyik bergerak.


Segmen 24 Jam Bloglist #28 Mialiana.com

$
0
0

Pencarian bloglist bagi bulan Januari, Februari dan Mac 2018 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 19 Disember 2017, iaitu tepat jam 6.00 petang sehingga hari esok, 6.00 petang 20 Disember 2017. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To CircleGoogle+ Mia Liana dan LikeFanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #28 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

10 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2017.

Chilindo punya pasal

$
0
0
Chilindo punya pasal | Ku sangkakan yang lepas itu adalah yang terakhir rupanya tidak!!! kalah lagi dengan penangan Chilindo ni. Kali ini nasib baik buka barang-barang yang merepek nieyl menang tau. Sebab nieyl memang aim benda ni selepas abg ipar nieyl beli. So,nieyl pun bermurah hati main lah bida sampai dapat yang penting under bajet..kalau lebih,sorry tak kan beli..

Kalau yang first time main Chilindo ni nieyl gunakan kaedah pembayaran Debit tapi untuk kali kedua ini nieyl cuba guna kaedah COD iaitu Cash On Delivery di mana barang sampai depan pintu baru kita bayar, mungkin itu lebih selamat kalau harga barang lebih dari RM30..


Kotak yang di terima besar dan berat. Dalam kotak ni ada satu sahaja item iaitu  Inflatable Air Bed Mat. Ianya sangat sesuai digunakan di rumah ataupun di luar rumah,mudah di bawa ke mana sahaja . Yang penting bila barang sampai,make sure barang yang korang dapat itu dalam keadaan baik. 


Ini nieyl menguji tahap kelasakan tilam angin ni yela mana tahu kot² bocor ke kan,jadi bila dah isi angin..Alhamdulillah..tiada sebarang kebocoran dan selamat di gunakan. Kalau korang nak tahu, nieyl berjaya menang tilam angin ni 2x..satu untuk nieyl dan satu lagi untuk kakak nieyl. Dan sekiranya korang nak menang juga,make sure jangan bida lebih dr RM50 sebab korang boleh dapat lagi murah..Biarlah orang menang dengan harga RM80-90.. sebab nieyl boleh menang bawah RM50..korang pun mesti boleh juga..


Thank You Lazada!

$
0
0
Sebenarnya nieyl dah lupa langsung tentang contest LAZADA ni, masuk pun suka-suka sahaja. So, memang tak ambil port langsung, petang semalam selepas dah bersihkan diri nak tunggu azan maghrib tu terima emel, so buka memula tu tak nampak pun nama nieyl, kali kedua check hahaha..baru nampak. Ya Allah memang betul² rezeki penutup tahun 2017 la.. 

Kalau cakap tentang contest lazada ni, dah banyak kali juga join memang tak ada rezeki pun menang sebelum ini, tapi Alhamdulillah masih setia join juga walaupun tak menang sebelum ni. Mungkin Allah tu kesian dekat nieyl kot, sebab tengok handphone nieyl sekarang ni..memang setiap kali contest lazada nieyl akan cakap nieyl nak beli handphone baru.. Nampaknya ianya akan menjadi kenyataan tak lama lagi,dengan duit hasil menabung + vouchers lazada...eee..tak sabarnyaaa...


TENGKUBUTANG'S GIVEAWAY! HAPPY BIRTHDAY HUBBY AND HARRAZ

$
0
0

Jom Join Ramai-ramai Klik Banner
Viewing all 3220 articles
Browse latest View live