Quantcast
Channel: Nieyl's Life Story
Viewing all 3220 articles
Browse latest View live

Hari Mesra Puspanita Penutup Tahun 2017

$
0
0
9 Tahun berada di jabatan yang sama merupakan pengalaman kerja yang sangat best dan bermakna. Bukan mudah untuk kita menyuaikan diri dengan mereka-mereka yang berstatus tetap. Tapi syukur Alhamdulillah, Allah tempatkan nieyl di bahagian yang sangat best dan dikeliling kawan-kawan yang baik, murah hati dan sporting. 

Awal bulan hari tu, puspanita bahagian ada menganjurkan hari mesra bersama,memang meriah dengan makanannya, dengan aktivitinya dan yang paling best ada demo masakan dan demo make up khas untuk kaum wanita. Majlis kami buat pada hari jumaat dikala kaum adam menunaikan solat jumaat. 


Nieyl bersama kawan-kawan PT,walaupun kami sama bahagian,lain cawangan dan lain aras tapi kami still together dalam apa juga aktiviti.Terbaik dieorang ni, baby yang nieyl pegang tu anak CC tau..


Sekarang ni kan Mary Kay tengah naik meletop-letop kan, so dieorang pun hadir sama memeriahkan hari mesra puspanita dengan mengadakan toturial make up basic untuk pergi ke pejabat. 


Model dah bersedia dah tu, step by step di tunjukkan di samping itu mereka juga promote barangan Mary Kay untuk tatapan kami. Yang mana suka make up tu, ha..boleh la tengok-tengok, mana tahu ada yang berkenan boleh terus beli.


Ada juga demo masakan nasi arab menggunakan periuk noxxa yang popular tu, manakala ayam pula menggunakan philips fryer,menggoreng tanpa minyak untuk lebih sihat. Selain itu, ada juga menjual pelbagai rempah nasi arab yang boleh di beli untuk di masak di rumah masing-masing..



Dah nak tengah hari ni, kalau tengok lauk tu mesti korang akan rasa lapar kan...sedapnya ayam panggang madu tu tauuu...memang sedap tanpa menggunakan minyak pun.


Wah..lagi terliur bila korang tengok gambar makanan ni kan..Ok ini makanan tengah hari untuk kiteorang semua, memang menyelerakan tahu..ada ulam-ulaman,ikan masin, ayam goreng..


Nasi putih dan yang paling di nantikan adalah asam pedas daging tetel memang sedap. Teringin nak masak sendiri nanti untuk husband. Sebab belum pernah masak lagi daging tetel ni.


Beratur dengan tertib untuk ambil makanan tengah hari yang di hidangkan secara buffet. Bukan itu sahaja banyak lagi dessert potluck yang di bawa oleh ahli-ahli puspanita yang lain. 


Masing-masing dah kekenyangan, menunggu aktiviti seterusnya. Ok, sehari sebelum majlis kami semua dah diberikan no. kumpulan untuk aktiviti kumpulan. Nieyl dapat kumpulan no.3 .


Aktiviti kumpulan adalah mencari kata sama makna, ada 3 helaian kertas..kita bahagi-bahagi kan supaya semua ahli kumpulan boleh turut serta. Time ni biasa la masing-masing berlumba-lumba nak jadi yang pertama hantar. 


Seterusnya aktiviti tukar hadiah. Ok yang ni kita telah dimaklumkan awal oleh urusetia untuk menyumbangkan hadiah bernilai RM5 dan ke atas. Terpulanglah kalau ada yang bagi lebih Alhamdulillah kan..Sebab buat pun suka-suka,untuk seronok-seronok..


Ini lah dia kenangan bersama ahli puspanita 2017. Semoga tahun depan kita boleh buat lagi aktiviti-aktiviti lain untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan ini. 


Nampak tak muka kumpulan ni yang berseri kegembiraan?ha..kumpulan nieyl menang no.1 cari kata sama makna. Dan kumpulan yang pertama hantar jawapan ke depan.. Yeay!


Sebelum bersurai, aktiviti pembahagiaan hadiah kemenangan no.1. kadang-kadang detik-detik macam ni akan di kenang sampai bila-bila sebab ianya tidak mungkin akan berulang kembali. Jd, nieyl abaikan semua kenangan ini di dalam blog, supaya bila mereka yang dah tua-tua nanti kalau jumpa blog ini, dieorang boleh tunjuk pada cucu cicit dieorang. ♥






Hello...I'm Back

$
0
0
Hampir seminggu tidak menjenguk blog, rasa bersawang sana sini..terlalu banyak entry-entry yang tergendala, jobs tak buat lagi..Ya Allah...permudahkanlah segala urusan ku hari ini.. Korang apa khabar?Ada yang masih bekerja di hujung-hujung tahun ni? Nieyl hari ini baru start kerja, dah seminggu bercuti untuk kenduri adik kahwin. Penatnya kenduri,dulu jadi pengantin tak ada pun rasa penat orang yang merewang ni..hihihi..


Muslimah dress lebih cantik dan sopan di Zalora

$
0
0
Sebagai seorang wanita muslimah yang bekerja sudah pasti fesyen terkini menjadi pilihan. Berita baik buat hijabista di luar sana apabila fesyen Muslimah semakin berkembang sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Malah usaha para penggiat fesyen tempatan akhirnya membuahkan hasil apabila trend fesyen Muslimah semakin mendapat perhatian bukan sahaja oleh pencinta fesyen tempatan tetapi orang luar turut mula memandang tinggi. Bahkan mereka turut mula memberi perhatian ke atas trend pakaian Muslimah yang semakin popular.


Dalam dunia yang serba moden ini saya lihat corak kehidupan seharian kita telah dipengaruhi oleh teknologi. Perkembangan teknologi yang semakin pesat dan canggih memberi kelebihan buat kita terutamanya pada beberapa aspek yang tertentu.


Contohnya adalah impaknya ke atas aktiviti membeli-belah. Kalau dahulu kita perlu keluar untuk membeli sesuatu. Namun kini keadaan telah berubah sama sekali dengan wujudnya sistem teknologi terbaru yang semakin jauh ke hadapan. Penggunaan internet yang cukup meluas telah memberikan lembaran baru untuk dunia fesyen dan perniagaan. Kini kita boleh beli secara online walau dari mana sahaja kita berada. Malah banyak website online shopping Malaysia yang menawarkan pelbagai koleksi fesyen menarik untuk dipilih.

Zalora kini menawarkan koleksi muslimah dress kepada pelanggannya yang berhijab tetapi masih boleh berfesyen menutup aurat,lebih elegen dan bergaya.

Resepi sambal hitam belimbing buluh

$
0
0
Resepi sambal hitam belimbing buluh | Last week sebelum nieyl start cuti panjang, boss jiran bilik nieyl ni ada bagi nieyl seplastik belimbing buluh. Dia ada pokok belimbing buluh, jadi bila dah terlalu banyak sampai tak termakan, dia pun sedekah dekat kawan-kawan sikit.. Rezeki nieyl dapat lah sikit. Actually, bila dah dapat tu tak plan pun nak masak apa..tapi bila dah balik ke rumah tu dalam pukul 8 malam tu, tiba-tiba nak buat sambal hitam belimbing buluh sebab sebelum-sebelum ni nieyl memang belum pernah buat lagi sambal hitam yang viral orang kata sedap tu.

Gigih tau, nieyl cuba buat juga masa tu..jadi tak jadi tu belakang kira lah sebab anak tekak ni dah terliur sangat nak makan pedas-pedas dengan nasi putih panas..waduhhh...lama tau nak keringkan belimbing buluh ni sampai warna hitam..nieyl tunjuk gambar yang dah siap dulu ya...resepi di bawah gambar nanti.


Bahan-Bahan

Belimbing buluh
Bawang Besar
Bawang Putih
Ikan Bilis
Cili Api
Kicap manis
Garam,Gula

Cara-caranya

  1. Masak belimbing buluh tanpa minyak sehingga kecut (warna hitam), nieyl syorkan gula kuali atau periuk yang tidak melekat ya..
  2. Sementara itu bawang merah, ikan bilis, bawang putih, cili api dikisar kasar
  3. belimbing yang dah kecut, di tumbuk lumat
  4. Panaskan minyak
  5. Tumis bahan-bahan yang di kisar,sehingga kering
  6. Kemudian masukan belimbing yang di tumbuk dan masukkan kicap manis dan gula sedikit 
  7. kacau sehingga sedikit garing dan hidangkan bersama nasi putih panas...

Ubat Sakit Tekak Paling Mujarab

$
0
0
Ubat Sakit Tekak Paling Mujarab | Dalam bulan Disember ni je nieyl dah 2x kena sakit tekak, ada yang kata ianya berpunca daripada cuaca yang tidak menentu pada bulan 12 ni. Tapi nieyl sendiri tahu punca kena nieyl sakit tekak ni. Yang pertamanya sebab nieyl terminum air oren, nieyl memang tak boleh minum air oren sebab tekak nieyl sensitif kepada benda-benda masam termasuklah asam-asam ni. Dan yang keduanya, nieyl tak boleh minum air drinking water dan air paip yang di masak.. Ini bukan poyo ya, ini memang betul..badan kita,kita tahu apa yang boleh dan apa yang tak boleh. 

Biasanya bila sakit tekak selain nieyl kumur-kumur dengan ubat farmasi, nieyl juga amalkan makan aiskrim vanila con Mcd..hahaha..betul, so far bila sakit tekak sahaja nieyl akan drive thru aiskrim tapi beli sekali 3 untuk diri sendiri..hahaha..aiskrim vanila ni sangat elok untuk kita yang sakit tekak..tak caya nanti kalau korang sakit tekak,boleh la try..kekekeke


Teruja Tengok Sawah Padi

$
0
0
Teruja Tengok Sawah Padi | Dah lama simpan angan-angan nak bergambar di sawah padi ni, tapi apa kan daya kampung pun tak ada. Bila pergi kedah untuk wedding adik belah isteri dia tu rasa teruja tengok sepanjang perjalanan nak ke homestay tu semuanya sawah padi menghijau. 

Time adik selesai bersanding tu, adik nieyl tunjukkan bahagian belakang rumah isterinya, rupanya belakang rumah isteri dia tu seluas-luas kawasan sawah padi. Apa lagi perut dah kenyang, terus pergi belakang rumah untuk bergambar kenang- kenangan..hihihi.. sebab peluang macam ni kadang-kadang dia datang sekali je..



Memula tu nieyl pergi dengan anak buah nieyl je,mungkin lama sangat menghilang adik beradik yang lain cari nieyl terus semua datang belakang rumah untuk tengok pemandangan sawah padi kedah ni. Kami memang teruja sebab sebelum ni kita nampak sawah padi dari jauh, ini boleh pegang, boleh tengok sendiri rupa dan bentuk beras sebelum di proses. 

Alhamdulillah,angan-angan tu Allah jadikan kenyataan dan pengalaman yang kira berharga juga la untuk orang macam nieyl yang tak pernah lagi jejakkan kaki ke sawah padi..kekeke...

Mencari Pengasuh Sekitar Dengkil, Cyberjaya, Putrajaya

$
0
0

Kepada yang masih tercari-cari tempat pengasuh sekitar Dengkil,Cyberjaya,Putrajaya boleh cuba perkhidmatan mengasuh kanak-kanak seperti di atas. Harga yang dikenakan juga adalah berpatutan. Dijaga oleh seorang ibu yang sangat berpengalaman dalam mengasuh kanak-kanak. Kalau ada kawan- kawan yang mencari tempat mengasuh,boleh share detail diatas ya...tQ korang..

Akhirnya berjumpa juga kita

$
0
0
Akhirnya berjumpa juga kita | Itulah perancangan Allah itu sangat baik dan teratur. Nieyl memang rajin jenguk blog - blog senior ni tapi tak sangka dari alam maya kita bertemu di alam realiti. Hujung bulan lepas wedding adik nieyl sempat nieyl menjemput beberapa Blogger yang berdekatan dengan nieyl untuk hadir memeriahkan majlis. Serius tak sangka kak jue  Mamajue  dan kak lieya sekeluarga sudi hadir Kembara Chynta Kami 


Kak jue nieyl dah pernah jumpa sebelum ni,dan ini kali kedua. Manakala kak lieya ini first time nieyl jumpa dia, macam mana dalam dunia maya,begitu juga di alam realitu sangat peramah macam dah lama kenal, oh ya...husband kak lieya ni satu jabatan dengan nieyl cuma kali lain bahagian je..tapi selalu je nampak..


Semoga hubungan ini akan terus berpanjangan sampai bila-bila insyaÁllah..ramai lagi blogger² yang nieyl nak jumpa.Mungkin bukan di event,mungkin di majlis² personal macam nie..Yang mana klu terserempak dengan nieyl,tegur² lah ya..


Year End Giveaway By Husnieyhusain

Wishlist Nieyl 2018

$
0
0

Rata-rata hari ini kawan-kawan blogger ramai yang share tentang wishlist masing-masing dalam entry. Nieyl  pun nak share juga lah dengan korang apa wishlist nieyl untuk tahun 2018 ini. Kali ini mungkin wishlist tak berapa nak banyak cuma ada penambahan sedikit dari tahun-tahun lepas yang tak kesampaian lagi..hehehe..

1. Menjadi insan yang lebih baik 
Bukan kata diri ini baik sangat ataupun tak baik tapi sebagai manusia di muka bumi ini ada kalanya sikap lalai dan pelupa tu pasti ada, jadi untuk 2018 ini nieyl nak lebih baik dari segi penjagaan solat, pergaulan serta pemakaian.

2. Mempunyai zuriat sendiri 
Nieyl masih lagi berpegang pada janji Allah, rezeki Allah itu pasti ada cuma lambat dan cepat sahaja apa yang perlu kita lakukan adalah dengan berusaha,berdosa dan sabar..InsyaÁllah...rezeki itu pasti akan tiba..

3. Bebas hutang
Bertuah siapa yang bekerja tapi tidak berhutang. So far, nieyl rasa kita mesti ada berhutang termasuklah hutang rumah, hutang ptptn ke,hutamg kereta ke, hutang pada orang ke..macam² jenis hutang la..kalau boleh nak cepat settelkan, Alhamdulillah kereta nieyl lagi 4 tahun habis, manakala hutang lain-lain InsyaÁllah target bulan 10 selesai. 

4. Beli Handphone baru Neffos x1 lite
Rasanya dah setahun lebih juga pendam perasaan nak beli handphone baru sebab handphone yang lama dah tua dan tidak dapat menampung simpanan gambar-gambar yang nieyl ambil. so, nieyl perlukan handphone baru..Hadiah dari Lazada masih belum tebus lagi,nanti nieyl akan gunakan untuk beli handphone baru hihihihi..

5. Cuba untuk buat 5 entry untuk satu hari
Walaupun bukan blogger yang popular, tapi tak salah rasanya kalau kita ada semangat dan azam untuk menjadi lebih baik kan.. Dalam pada kita menaip entry, biarlah entry kita boleh membantu orang, memberi ilmu dan berkongsi apa yang kita lalui. Orang kata bukan tulis kosong sahaja..

6. Belajar untuk menurunkan berat badan dengan diet yang sihat
Azam atau wishlist yang pasti akan ada dalam nieyl punya diary, alahai..tapi tak apa..sekurang-kurangnya kita ada niat nak turunkan berat badan tau, dan makan makanan yang lebih berkhasiat ya..bila umur dah masuk 3series ni pemakanan dah kena jaga dah...

7. Mempunyai follower blog / page / Instagram yang ramai
Terseksa rasanya nak dapatkan follower yang ramai dalam media sosial kan,tapi kalau orang lain boleh,kita pun kena yakin boleh...chaiyok²..

8. Kedai Online Cosmatic dan Healhty sendiri
Masih lagi dalam permulaan pembukaan, semoga Allah permudahkan semuanya...doakan ya...

9. Belajar bercucuk tanam di kawasan rumah
Sikap nieyl yang selalu ada dalam diri ini adalah angan-angan ada,tapi tak pernah nak buat bagi jadi..ha..ini lah sikap yang selalu husband nieyl bebelkan.. Nieyl suka tengok orang tanam itu tanam ini tapi malas nak buat dekat rumah sendiri..huhuhu..adoi...harap tahun ni adalah berubahan..

Itu sahaja wishlist nieyl untuk tahun 2018..korang doakan untuk nieyl ya...moga sentiasa beristiqamah dalam menjalankan kehidupan harian disamping laksanakan wishlist² di atas ini..Amin..



Jenis Ular yang Ada Di Malaysia

$
0
0
Jenis Ular yang Ada Di Malaysia | Terdapat lebih dari 140 spesis ular di Malaysia tetapi hanya 17 spesis sahaja yang beracun. Antara jenis ular yang beracun dan berbahaya ialah ular tedung (cobra dan king cobra) , ular kapak (Russells Viper, Malaysia Pit Viper dan Green tree pit viper) dan ular kraits.

Ular Tedung biasanya dijumpai di kawasan ladang, paya, tanah lapang dan juda di kawasan perumahan di mana mudah bagi ular-ular tersebut mencari mangsanya seperti tikus. King cobra biasanya di jumpai di hutan tebal.

Ular kapak pula mudah dijumpai di kebun getah, ladang ,kampung dan hutan. Manakala bagi Green tree pit viper pula di atas pokok. Ular kraits boleh didapati di padang, hutan atau di pinggir kawasan perumahan.

TANDA-TANDA DIPATUK ULAR

Kecederaan atau kemudaratan akibat patukan ular bergantung kepada jenis dan size ular, jumlah racun, bilangan patukan, tempat patukan dan saiz mangsa

Racun ular bertindak melalui 3 cara yang berlainan :-
  • Toksin darah
  • Toksin saraf
  • Toksin jantung

Ada sesetengah kesan patukan akan di rasai dalam masa yang singkat selepas di patutk berbanding dengan kesan yang lain.
  • Sakit setempat, bengkak dan perubahan warna kulit pada tempat patukan (patukan ular laut biasanya tidak mendatangkan reaksi mahupun rasa sakit)
  • Kesan am yang mungkin timbul pada peringkat awal pada 10 hingga 15 minit selepas dipatuk ialah rasa cemas,lemaj, muntah , sakit kepala, pening , berpeluh, sesak nafas, perasaan keliru, kekejangan dan kemudian mangsa mungkin akan lumpuh dan seterusnya mati
Kesan yang berlaku agak lambat
  • Bengkak , bisul, pendarahan dalam kulit dan otot dan gejala kuran aliran darah ke anggota serta kulit
  • Gejala am seperti pening, muntah , sesak nafas, demam , kejutan, gusi berdarah, darah dalam najis, air kencing atau muntah dan lumpuh.
  • Gangguna deria sentuhan, rasa dan bau, rasa mengantuk , rasa lumpuh pada otot muka dan mata, susah untuk menelan dan pendarahan dalam otak.
KESAN ATAU KOMPLIKASI PATUKAN ULAR

Kebanyakan orang yang dipatuk ular beracun akan sembuh, namun patukan ular boleg menjadi seirus dan boleh membawa maut jika tidak di rawat dengan cepat. Antara kesan atau komplikasi yang mungkin terjadi ialah :-
  • Parut dan kesan kosmetik
  • luka,jangkitan kulit dan jangkitan tulang di tempat yang dipatuk
  • penyakit tetanus (kancing gigi)
  • kerosakan buah pinggang
  • Kerosakan otak akibat pendarahan dalam otak
  • Luka atau parut kekal dalam mata jika ularmenyembur racun ke mata.

RAWATAN PATUKAN ULAR


Cuba ingat rupa ular tersebut. Ini mungkin akan membantu doktor dalam memilih anti venom yang sesuai. Jangan potong atau hisap tempat yang dipatuk.

  • Elakkan dari bergerak jika tiada keperluan bagi mengurangkan racun merebak ke bahagian badan yang lain. 
  • Basuh tempat yang dipatuk dengan segera dan berhati-hati. 
  • Basuh mata secepat mungkin jika racun ular disembur ke mata. 
  • Balut tempat yang dipatuk dengan baik tetapi janganlah terlalu ketat supaya aliran darah tidak terganggu. Jika tempat yang dipatuk ialah tangan atau kaki, buat balutan tambahan bagi keseluruhan tangan atau kaki, mulai dari jari tangan atau jari kaki. 
  • Elakkan anggota yang dipatuk dari bergerak dengan menggunakan anduh (splint atau sling). 
  • Elakkan mangsa dari bergerak sehingga pertolongan tiba. Bawa bentuk-bentuk pertolongan kepada mangsa bagi mengelakkan mangsa bergerak atau berjalan. 
  • Hantar mangsa ke hospital yang berdekatan.

Rawatan di hospital :
  •  Mangsa akan diletak di bawah perhatian yang rapi 
  • Rawatan termasuk rawatan luka, jagaan anggota dan rawatan sokongan 
  • Rawatan sokongan termasuk melegakan kesakitan, rawatan jangkitan , pemindahan faktor pembekuan darah, bantuan pernafasan dan sebagainya mengikut keperluan. 
  • Doktor juga akan memberi ubat khas antivenom yang spesifik bergantung kepada tahap keseriusan patukan 
  • Jika perlu, suntikan imunisasi atau imunisasi tambahan untuk penyakit tetanus mungkin akan diberi.
BAGAIMANA MENGELAK DARI DIPATUK ULAR

  • Pakai kasut yang menutup kaki atau seluar panjang semasa berjalan di kawasan semak 
  • Hentak kaki atau lakukan gegaran dengan kaki semasa berjalan di tempat gelap atau semak 
  • Jangan masukkan tangan ke dalam lubang, rekahan batu atau tanah Jauhi dari ular yang mati kerana ramai orang telah dipatuk 2 atau 3 kali oleh ular yang disangka telah mati. 
  • Elakkan pergi ke kawasan ular semasa suasana gelap.
info dari http://www.myhealth.gov.my

Favourite Mak, Husband , Nieyl sekali jalan

$
0
0
Favourite Mak, Husband , Nieyl sekali jalan | Hujung bulan 12 nieyl memang ambil cuti agak panjang juga la tapi tak ada pergi mana-mana pun lepas je habis kenduri kahwin adik , nieyl memang habiskan masa di rumah . Biasalah bila dah duduk di rumah bermula rutin suri rumahtangga sepenuh masa termasuklah memasak.

Kalau nak tahu, nieyl kalau dah tak ada idea nak masak apa..nieyl akan masak makanan favourite mak, husband dan nieyl sendiri..so,lengkap lah semua menu ada.. Macam mak nieyl, dia tak kisah masak apa pun janji mesti kena ada sayur so mak suka sup petola. Manakala husband nieyl pula seorang yang tak cerewet dalam makanan apa yang nieyl masak,dia akan makan dan yang paling dia suka adalah sambal telur hancur,kalau lauk ni biasanya 2x dia akan tambah nasi.  Nieyl paling simple ikan goreng apa-apa jenis ikan pun tak apa janji ada sambal kicap untuk cicah..hihihi..


Kalender 2018 pun ada Sticker

$
0
0

Kalender 2018 pun ada Sticker | Masuk sahaja tahun baru setiap tahun pasti yang di nantikan adalah diary dan kalender jabatan. Sebab setiap tahun design diary dan kalender berbeza. So untuk tahun 2018 ini memang surprise sebab kalender ada kemajuan dari yang tahun-tahun sebelum ini. ha..korang nak tahu apa bezanya?


Untuk kalender jabatan tahun ni ada extra syok ada sticker birthday, ulangtahun, temu janji, cuti dan macam-macam lagi la..so, sebelum ini nieyl just tulis dekat kalender sahaja untuk tahun ni kita main tampal-tampal sticker je..sweet kan..


Close up sikit macam mana rupa sticker tu, setiap ikon berlainan warna untuk bezakan setiap aktiviti dan perkara. Nieyl suka lepas ni rajinlah tengok kalender..kekeke...


Tapi macam mana pun, nieyl masih nak cari mini kalender kuda,ha..tahun ni tak dapat lagi kalender kuda tu.. korang banyak ke dapat kalender tahun ni?

Beli Kereta Dengan EL Automotive Loan Consultant Lebih Mudah Dan Cepat

$
0
0
Kereta kini telah menjadi salah satu keperluan dalam hidup. Boleh dikatakan hampir setiap keluarga memiliki sekurang-kurangnya sebuah kereta. Jadi tidak hairanlah jumlah jualan kereta baru di Malaysia sentiasa meningkat setiap tahun. 

Membeli sebuah kereta baru mungkin  boleh menjadi satu keperluan dan mungkin boleh menjadi sampingan. Sebab ianya bergantung kepada tujuan dan sumber kewangan kita. Dan disebabkan itu jugalah kini terdapat pelbagai jenis model yang ditawarkan oleh pengeluar kenderaan.  Kita boleh membuat pilihan yang lebih bijak dan bersesuaian dengan kewangan dan kemampuan kita.


MENCARI CONSULTANT LOAN KERETA 

EL Automotive Loan Consultant adalah consultant yang mampu menguruskan pembelian kereta dari A - Z untuk anda. Mereka telah beroperasi dalam bidang jual kereta sejak tahun 2010 lagi. Alhamdulillah ramai pelanggan yang berpuas hati dengan perkhidmatan yang mereka berikan. 

ANTARA PELANGGAN YANG TELAH BERURUSAN DENGAN MEREKA










KEISTIMEWAAN BELI KERETA DENGAN EL AUTOMATIVE LOAN CONSULTANT

  • Pandu uji & Bawa pulang kereta honda idaman anda
  •  
  • Nikmati diskaun tunai sehingga rm 15,000 mengikut model yang terpilih !!
  •  
  • Pinjaman penuh tanpa sebarang deposit bagi mereka yang layak [t&c]
  •  
  • Kadar faedah yang terendah dari 2.5%
  •  
  • Tiada sebarang caj tersembunyi untuk kami menguruskan proses pinjaman anda!!
  •  
  • Service penghantaran kereta ke pintu rumah anda di seluruh semenanjung malaysia
  •  
  • Tukar beli kereta lama dengan harga yang terbaik & proses tukar hak milik cepat


🔥Gaji Rendah BOLEH‼
🔥Dokumen Tidak Lengkap BOLEH‼

📧Proses dokumen melalui ONLINE
 Email : rezaottoglobal@yahoo.com

DOKUMEN Yang Diperlukan
Kad Pengenalan
Lesen
Slip Gaji 3 bulan
Penyata Bank 3 bulan
KWSP (jika perlu)
SSM [perniagaan sendiri]
Offer Letter [jika perlu]

🚘Ansuran Bulanan Terendah [T&C]
JAZZ RM740
CITY RM790
CIVIC RM1150
ACCORD RM1450
BRV RM860
HRV RM1050
CRV RM1450

🚫SYARAT KELAYAKAN TAMBAHAN🚫
Baru bekerja - Gaji lebih dari 2,500 ke atas
Lesen L atau tiada - Gaji 2,500 ke atas   
Berniaga sendiri - Berdaftar dengan SSM minimum 2 tahun & mempunyai simpanan

‼‼BUKAN HANYA HONDA MALAH SEMUA JENAMA KERETA DI MALAYSIA BOLEH DIBELI MELALUI KAMI‼‼


Semak KELAYAKAN anda SEGERA !!
📱Dengan hanya klik pada whatsapp link di bawah 

EL Muhaimim


EL Aryani

Jangan lupa Like Page dan IG
untuk mengetahui lebih banyak promosi terkini.


018-2116477 - El Muhaimim

Hantu Durian Bila Jumpa Durian

$
0
0
Hantu Durian Bila Jumpa Durian | Bila tiba musim durian, yang selalu teruja nak makan durian adalah nieyl. hahaha.. sebab memang dari zaman kecil-kecil lagi nieyl memang suka makan durian, betul nieyl boleh habis kan 2 3 biji sorang-sorang tau. Cuma bila dah dewasa ni dah muak la kot so sebiji pun susah nak habiskan tapi kalau kena dengan durian yang musang king, 2 biji InsyaÁllah habis..hahaha..


Sekarang ni durian mahal, sekilo rasanya ada yang RM20 dan ada yang RM25 kalau tak silap nieyl. Last week kakak nieyl beli durian dekat kebun kawan dia, dalam sekilo RM10 macam tulah. So, memang berbaloi la beli kan.. Buah confirm elok la kan..


Dulu rumah nieyl ada pokok durian ayah tanam, tapi sampai ke sudah tak pernah berbuah bunga je lebih, buah tak pernah ada sampai lah kena terbang sebab nak besarkan jalan. Mungkin pokok durian jantan lah kot ya..kata orang laa... Bestnya kalau ada dusun durian kan, dapat makan durian fresh baru jatuh dari pokok..yumyum...boleh sharing dengan kawan-kawan..bestnyaaa...angan-angan...


Terima Kasih Zalora, 3 sekali beli

$
0
0
Terima Kasih Zalora, 3 sekali beli | Selamat Pagi Semua..Ada yang monday blues tak pagi ni yala hujan pagi-pagi ni kan sedap tarik selimut..Apa-apa pun selamat bekerja kepada yang bekerja ok. Semoga minggu ini lebih baik dari minggu-minggu yang lepas.  Nieyl dah lama tak shopping handbeg tau, hari tu ada bercollaborate dengan Zalora..So,dapat vouchers nieyl beli semua handbeg yang nieyl suka. 


Kalau korang perasan semua yang nieyl beli adalah sling beg, sebab nieyl memang suka sling beg sebab lebih selamat dari bawa handbeg biasa yang sangkut dekat bahu. Jom cuci mata tengok gambar handbeg yang nieyl beli.


Handbeg ni nieyl dah rasmikan hari ini bawa pergi office, warna purple yang nieyl pilih sebab purple boleh dijayakan dengan apa sahaja warna baju,tak akan nampak kekok la..just nice..


Biasalah warna hitam memang menjadi salah satu warna pilhan nieyl, sebab warna selamat dan kombinasi warna kelabu,hitam dan rantai warna gold memang nampak macam warna mahal gituuu.. padahal murah je beg ni...that why nieyl beli untuk memudahkan nieyl klu nak keluar g shopping hanya bawa handphone dan wallet...itu sahaja...


Kata husband, banyak-banyak handbeg ni nak buat apa? itu jela soalan selalu kalau nieyl beli barang sebabnya bila beli , dia pening kepala nak susun barang-barang nieyl dekat mana sebab tempat dah terhad...so,mula la sesi berjanji tidak akan beli handbeg lagi pakai handbeg sampai koyak.. agak² korang husband nieyl nak percaya ke kata-kata nieyl tu..hahaha..dia gelak lagi adalah..dia kata bersyukur la kalau nieyl tak beli barang lagi..tapi dia kata itu tak mungkin..hahaha..

Terima kasih Zalora, Alhamdulillah...every year akan ada collaborate dengan Zalora..Rezeki..Amin..

Prosperity Juice KEMBALI Lagi!

$
0
0
Prosperity Juice KEMBALI Lagi! | KUALA LUMPUR: Lagu kegemaran tahun baru cine, gong-xi, gong-xi songs adalah kedengaran di udara dan dekorasi berwarna merah kelihatan di merata-rata tempat. Sama ada anda telah bersedia atau tidak, Tahun Anjing akan bermula tidak lama lagi!

Untuk menyambut permulaan Tahun Baru Cina yang makmur, kami di Juice Works Malaysia telah membawa kembali minuman Tahun Baru Cina yang disukai ramai peminat Juice Works iaitu Prosperity Juice!


Diperbuat daripada campuran jus dari limau mandarin, jambu, strawberi dan kegemaran utama ramai; laici – minuman ini bertambah enak dan wangi apabila ditambahkan dengan sorbet yang lazat yang akan menyediakan anda untuk menerima kebaikkan yang akan dibawa oleh tahun baru ini.

Minuman ini boleh didapati didalam tiga saiz: Junior (250ml dan bagus untuk kanak-kanak), yang di jual pada harga RM 8.95; MIDI (450ml) yang dijual pada harga RM 10.95; dan Power (600ml), yang dijual pada RM 12.95 (semuar harga adalah termasuk GST).

Berikut adalah serba sedikit maklumat kenape kami memilih buah-buahan yang di sebutkan sebagain ramuan minuman tahun baru kami:
  •     Limau Mandarin: Buah-Buahan bermusim ini adalah rendah kalori, penuh dengan serat dan Vitamin C dan A. Sebagai rakyat Malaysia, Tahun Baru Cina tidak akan lengkap tanpa satu atau dua limau mandarin ini.
  •     Jambu: Ia dikenali sebagai buah-buahan yang sihat, kaya dengan V Vitamin A, Vitamin B, Vitamin C, dan potassium, yang merupakan antioxidan and detoksifikasi yang hebat.
  •      Laici: Dipenuhi dengan Vitamin C, potassium dan fibre, ia juga merupakan sumber flavonoid yang hebat untuk memerangi penyakit. Ia juga mengandungi magnesium copper, zat besi, mangan and folat – semuanya adalah penting untuk peredaran dan pembentukan darah!
  •       Strawberi: Buah-buahan yang berjus ini wangi dan merak, jus ini bukan sahaja dikenali sebagai buah antioksidant yang berada di 5 tangga teratas di dunia, malah ia juga didapati mempunyai keupayaan untuk mengawal atau mengurangkan tahap gula di dalam badan kami. Oleh kerana ia mempunyai phytonutrients yang tinggi, terdapat juga peningkatan minat untuk menyelidik terhadap buah ini untuk penyakit anti-radang!

Minuman istimewa ini hanya boleh didapati di semua kedai dan kiosk Juice Works dari 12 Jan 2018 sehingga 28 Feb 2018. Oleh itu, dapakan ia hari ini dan anda akan mendapat satu set beg angpow esklusif Juice Works secara PERCUMA, sementara stok masih ada.



Sempena cuti perayaan yang akan datang ini, kami di Juice Works ingin mengucapkan kepada anda, Selamat Tahun Baru Cina. Gong Xi Fa Cai ah!

P/s: Juice Works baru sahaja membuka kedai baru mereka di DC Mall dengan minuman eksklusif yang hanya boleh didapati di kedia Juice Works DM Mall.



MENGENAI JUICE WORKS Malaysia


Juice Works Malaysia adalah perintis syarikat jus buah-buahan yang segar di negara di mana mereka dipercayai oleh beribu-ribu pelanggan-pelangang setia untuk kraf yang mengunnakan ramuan bahan-bahan semulajadi yang terbaik.

Diasaskan oleh Jason Choy dan Ling Mooi Li, pasangan berkenaan membuka kiosk pertama di pusat beli-belah Curve pada Disember 2004. Setelah tidak lama ia dibuka, kisok tunggal ini telah memenangi pujian daripada pelanggan-pelanggan untuk menu jus yang sihat dan smoothie yang sangat lazat.

Bermula daripada satu kiosk, Juice Works Malaysia telah berkembang sebagai syarikat pembekal jus buah-buahan dan smoothie segar premium di negara ini yang mengkhusus dalam menu hebat untuk lebih daripada 30 pilihan buatan tangan. Jenama ini terkenal dengan minuman sihat yang segar, dibuat selepas pesanan dan lazat menjamin pelangan akan kembali melawatnya lagi. Daripada eksekutif perniagaan yang sibuk kepada ibu bapa dan pengguna yang mementingkan kesihatan, Juice Works Malaysia mempunyai minuman yang sesuai dibuat segar untuk setiap keperluan individu.

Juice Works Malaysia kini boleh dijumpai di 30 lokasi di seluruh negara dengan banyak lagi akan di buka pada masa yang akan datang. Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk gaya hidup sihat, Juice Works Malaysia juga menawarkan peluang francais sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangannya, serta kiosk mudah alih untuk menyampaikan minuman kepada pelanggan yang asyik bergerak.

Sempat Masak Untuk Makan Malam

$
0
0
Sempat Masak Untuk Makan Malam | Satu hari abg nieyl singgah rumah dalam pukul6 lebih kurang, dia buka tudung saji dia nampak penuh dalam tu makanan. Dia tanya siapa masak?nieyl cakap la kita lah masak, lepas tu dia kata bagusnya adik abg. Memang rutin nieyl setiap hari melangkah masuk sahaja rumah, terus pergi dapur untuk memasak makanan makan malam untuk emak dan husband.

Masak tak ambil masa yang lama pun dalam 45minit, 3 jenis lauk siap termasuk masak nasi. Biasanya nasi nieyl masak last sekali. Lepas siap masak baru lah nieyl buat kerja-kerja lain seperti masuk kain-kain dalam mesin untuk di cuci, bersihkan diri semua..6.30 petang tu memang time nieyl baring rehat-rehatkan badan sebelum maghrib. Ha..begitu lah rutin harian nieyl isnin - jumaat. 


Hari tu nieyl sempat buat ikan kembung bakar, ini nieyl hanya letak garam, serbuk kunyit dan serbuk kari ikan sikit. Nieyl bakar atas pan ceramic daiken..memang terbaik..langsung tak melekat dan tidak perlukan minyak setitik pun. Nampak,cantik je kan rupa ikan tu,kulit pun masih ada.. Nieyl dah jatuh cinta dengan ceramic..


Sekarang ini setiap hidangan mesti kena ada sayur, tidak kira sayur apa pun sebab emak nieyl dia kena ada sayur kalau makan,kalau tak dia tak ada selera nak makan...


Ayam goreng ni ada balance sikit dalam peti ais tu, nieyl just letak garam dengan kicap masin je, nak lai sedap sebenarnya letak sos tiram.. ayam goreng ala-ala nasi ayam punya. Ini jenis masak ikut apa yang ada je..


Telur goreng sambal, ada telur rebus dekat rumah nieyl kopek dan goreng dulu sebelum buat masak sambal. Ha..klu goreng dulu lagi sedap..

*Mak nieyl tak suka sangat ikan bakar, dia kata kalau goreng lagi sedap..hihihi.. yang sihat tu mmg semua tak nak makan, yg boleh dtgkan sakit..semua sedap kan...

YANG TERINDAH - ACHEY (Official Lirik Video)

$
0
0

Lihat Diriku
Aku Merayu walaupun secebis kasih beri kepadaku
Ia Cukup bermakna sebelum ku terlena
Lena Untuk selamanya

Yang Terindah
Engkau Tetap didalam ingatan
Yang Terindah manis mengatasi kepahitan

Cintaku Tetap satu
Hanyalah Kepadamu
Yang Tersemat diragaku

Yang Terindah
Ku Pintakan di dalam doaku
Yang Terindah
Bila Tercipta cinta padamu

Setia Dijiwaku
Setia Dihatiku
Kaulah Yang terindah

Lihat Diriku
Aku Merayu secebis kasihmu
Ia bermakna sebelum lena
Lena selamanya

Cintaku Tetap satu
Hanyalah Kepadamu
Yang Tersemat diragaku

Yang Terindah
Ku Pintakan di dalam doaku
Yang Terindah
Bila Tercipta cinta padamu

Setia Dijiwaku
Setia Dihatiku
Kaulah Yang terindah

Yang Terindah
Ku Pintakan di dalam doaku
Yang Terindah
Bila Tercipta cinta padamu

Setia Dijiwaku
Setia Dihatiku
Kaulah Yang terindah

Ku Pintakan di dalam doaku
Yang Terindah
Bila Tercipta cinta padamu

Setia Dijiwaku
Setia Dihatiku
Kaulah Yang terindah..

* Lagu ini bila nieyl dengar, perasaan sayu tu ada sampai menangis sebab yang terindah sentiasa di nanti kan...

Good Morning Everyone

Viewing all 3220 articles
Browse latest View live